Anjur Pidato Lahirkan Tenaga Baharu Muslimat

1393

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU –  Pertandingan Pidato Gema Wawasan  dianjurkan bagi melahirkan tenaga baharu yang boleh menjadi  jentera penerangan dan dakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ianya bagi menggilap bakat baharu di kalangan muslimat.

“Walaupun pertandingan pidato kita nampak benda yang mungkin setengah orang tiada benda tetapi inilah sebenarnya diantara tempat dan punca  untuk kita melihat bakat-bakat baru dan boleh, berupaya.

Ustaz Ahmad Shah Muhamed

“ Kita bawa dia ke depan  untuk menjadi pendakwah. Akhir kata maknanya daripada  program ini bila  kita buat pertandingan ini dia bukan hanya terhenti setakat  pertandingan yang kita  nak melahirkan orang yang mampu berbicara dan berhadapan dengan masyarakat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan  program Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Theatre Perpustakaan Awam Negeri pada hari ini, 29 Disember.

Oleh itu katanya, untuk melahirkan pemidato yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya mesti melalui pelbagai latihan.

“Proses untuk menjadi (realiti) bukan mari selalu (serta merta) .. dia masuk (pertandingan) ada bakat  dah tetapi bakat sahaja tidak cukup.

“Kerana kalau  bakat tidak digilap dengan sentiasa bercakap di depan(khalayak) masyarakat dia takkan jadi (penceramah) bila bakat  bercampur dengan latihan insya Allah,”ujarnya.

Kata Ahmad Shah, bila ada ruang yang diberi haruslah diambil peluang tersebut dan jangan sesekali tinggal kerana tidak ada orang yang terus berjaya.

Para juri(bahagian depan) sedang mengadili para peserta

“Tidak ada satu konsep yang  pidato kini hebat … semua sebenar (ada) kaedah dan cara hebat belaka. kita  tengok pidato (yang) hebat-hebat dulu  (seperti) Sukarno, Suharto.. mereka bukan memilih gaya orang lain.. (guna) gaya tersendiri (dan) semua orang ada gaya tersendiri.

“Kita bina bakat yang ada pada diri kita sedikit demi sedikit  melalui bacaan… melalui melihat, mengkaji.. tengok orang yang hebat, insya Allah jangan kita rasa lemah kita hendaklah sentiasa belajar dan hendaklah  sentiasa melihat contoh mereka  yang berjaya,” katanya.

Justeru itu, tambahnya lagi, dalam kaedah berpidato apabila berbicara mesti ada fakta dan sekaligus dengan gaya.

“Jadi oleh kerana program seperti ini adalah satu pendedahan besar kepada para peserta dan kita semua dan kita ambillah kesempatan untuk sama-sama untuk memajukan diri kita  menjadi seorang pemidato  seterusnya menjadi seorang pendakwah.

“Kita bukan bercakap untuk berpidato kosong tetapi kita nak jadi pendakwah  yang bila kita bercakap  orang mendengar, orang rasa seronok  dan orang rasa nak ikut dan paling penting kita berdiri di hadapan kena ada keyakinan yang tinggi,” tambahnya.