Oleh ;Rohayati Ripin
KEMAMAN – Golongan muda di negeri ini hendaklah memfokuskan pembentukan elemen hati kerana ia adalah asas pembinaan Ubudiyah, Mas’uliayah, Itqan dan Islah (UMII) yang akan menjadi budaya rakyat Terengganu.
Ketua Pemuda PAS Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, ia antara perkara tumpuan yang terkandug dlaam Pelan Induk Terengganu sejahtera (PITAS 2030).
Beliau berkata, ia adalah untuk mengendalikan kualiti rakyat supaya berpaksikan kepada slogan “Terengganu, Maju Berkat dan Sejahtera”.
“Elemen yang paling penting untuk kita ketengahkan ialah adanya perasaan yang disebut sebagai Rhuhiyah iaitu perhambaan kepada Yang Maha Esa.
“Masuliyah rasa kebertanggungjawaban sebagai seorang Islam dan warganegara Malaysia Terengganu dan Itqan budaya yang teliti dan cermat.
“Yang terakhir ialah Islah iaitu untuk membina dan memperbaiki benda-benda yang sepatutnya daripada yang ada sekarang,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I–Mits) berkata demikian ketika ditemui di Bengkel Strategik dan Perancangan Portfolio Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan di Darul Iman Training Centre (DITC) semalam, 17 Disember.


“Oleh itu kerana kita mempunyai latar belakang segmen yang pelbagai, ada daripada watak korporat, agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, mahasiswa, orang kampung biasa.
“Dan semua segmen ini perlu didampingi serta perlu di beri kerjasama diantara agensi-agensi supaya tidak berlaku ‘overlap’ dan juga berlakunya bajet yang berulang, benda yang sama tapi agensi acap kali dibuat,” ujarnya.
Justeru itu, Ustaz Kamaruzaman berkata, ia sepatutnya disepadukan agar boleh menjimatkan masa, bajet serta banyak lagi rakyat yang boleh disentuh supaya mereka boleh menjana kekuatan kerajaan.
“Secara asas kita tengok dipanggil ke arah pencapaian. Kalau nak tengok betul-betul program ini perlu kepada paling kurang 23 tahun, sebab tempoh itu Nabi Saw di Mekah 13 tahun dan 10 tahun di Madinah.
“Dalam tempoh 23 tahun ini untuk membentuk masyarakat tersebut, dalam tempoh lima tahun ini mungkin kita ke arah sejarah insya Allah.
“Sebab tu betul jugak lah..kalau kita buat PITAS 2030. In Sha Allah saya rasakan utk 100 peratus memang agak mustahil tapi untuk pencapaian ke arah itu boleh capai kepada negara 80-70 peratus namun kita lipat gandakan usaha tersebut,” tambah beliau.





























