Oleh : Safwan Syakir
KUALA NERUS – Himpunan Bantah ICERD) yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 8 Disember yang lalu melambangkan kesatuan orang Islam dan Melayu.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata objektif utamanya adalah untuk menyuarakan rasa hati rakyat kepada kerajaan agar menghormati sensitiviti agama dan kaum.
Beliau berkata, perkara asas itu terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan mempunyai empat perkara.
“Antaranya ialah berkenaan kuasa Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
“Perkara lain juga termasuklah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipertahankan tanpa digugat.


Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Riba kepada MPKK DUN Bukit Tunggal, semalam.
Walaupun pada har ini, kata beliau, terdapat hak-hak keistimewaan orang Melayu najum ia semakin terhakis.
Oleh itu tegasnya, rakyat tidak lagi berdiam diri dan siri bantahan ICERD akan terus menular dalam laman sosial.


Justeru beliau lagi, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada himpunan tersebut yang disifatkan sumbangan yang besar buat negara.
“Sebanyak sembilan buah bas daripada DUN Bukit Tunggal telah selamat pergi dan pulang semasa perhimpunan tersebut,” tambahn





























