Kerajaan PAS Terengganu Sedang Laksanakan Projek Manifesto

1718
Haji Fadhil berkata sesuatu kepada pengunjung pasar malam.

KUALA NERUS – Kerajaan PAS Terengganu kini sedang melaksanakan pelbagai projek pembangunan berdasarkan janji-janji Manifesto Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14 yang lalu.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri(DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fadhil Wahab mengajak semua penduduk di DUN tersebut bersatu hati dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri.

Haji Fadhil(berbaju putih) menyapa seorang pengunjung.

Haji Fadhil sedang berkata sesuatu sambil menyerahkan risalah kepada salah seorang peniaga pasar malam.

“Antaranya kita akan memastikan rakyat mendapat sebidang tanah untuk perumahan ataupun sebuah rumah untuk dijadikan kediaman, ” ujar beliau.

Haji Fadhil yang juga merupakan Penyelaras DUN Seberang Takir yang ditemui ketika mengedarkan risalah di Pasar Malam Kampung Baru, pada 15 November.

Edaran risalah kepada orang ramai

Namun tambahnya, sekarang ini kebanyakan dalam proses perancangan.

“Dan kerajaan sedang mengatur semua perkara sebagaimana yang diperkatakan oleh Menteri Besar Terengganu bahawa janji manifesto akan dipenuhi tahun depan, ” ujarnya.