Oleh : Khairan Asmawi / Adli Mohamad.
DUNGUN – Diantara aspek bagi memastikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sentiasa berada di hadapan dan terbaik, kebajikan guru-gurunya sentiasa terjaga.
Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Sulaiman Sulong berkata, walaupun PASTI merupakan entiti berasingan, yang bernaung di bawah Parti Islam Semalaysia (PAS.
“Dari sudut kebajikan dan agenda untuk membela guru PASTI kita ada (memiliki) tabung kebajikan yang tersendiri,” ucapnya.
Beliau berkata demikian, kepada wakil Buletin Online, semasa kunjungan beliau ke PASTI Al-Husna, Al-Muktafi Billal Shah, pada Selasa 23 Oktober.


Disamping adanya tabung kebajikan, pengurusan PASTI juga turut menyediakan skim takaful yang dirasakan bersesuaian.
“Dimana kita melihat dulu pakej-pakej yang ditawarkan, kita pertimbangkan dari semasa ke semasa.
“(Ianya) bagi menjaga kebajikan guru, sekurangnya-kurangnya walaupun tidak memenuhi keperluan semasa,
“Sekurarang-kurangnya di saat kesusahan dan kesempitan, adanya bantuan segera (dihulurkan),” ujarnya.


Sehubungan itu beliau juga turut berharap agar adanya bantuan dan sumbangan dari orang ramai atau pihak-pihak tertentu bagi membantu institusi pendidikan kanak-kanak yang dikendalikan Dewan Pemuda itu terus menjadi pilihan utama di dalam negara.
“Kerana diyakini dan telah terbukti sejak sekian lama, mampu memberikan mutu pendidikan yang terbaik sehingga telah melahirkan ramai pemimpin Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang negara ini”, katanya.





























