KUALA TERENGGANU – Kolokium Umara dan Ulama Terengganu, Sultan Zainal Abidin lll danTok Ku Paloh, memperkenalkan dan mendedahkan ketokohan ulama, terutamanya kepada golongan muda.
Mantan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, , Ustaz Ariffin Deraman berkata, program tersebut memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami dan menghargai sumbangan besar pemikir Islam di rantau ini.
“Pihak kerajaan mengalu-alukan program seumpama ini bagi memberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang sangat berguna.
“Begitu juga kita mendalami pengetahuan yang berkait dengan para ulama dan juga umara supaya kita dapat mendepani isu-isu yang berlaku pada masa sekarang ini.
“Dan penganjuran kolokium seperti ini amat bertepatan serta sudah tentu amat bermakna bukan sahaja pihak muzium malahan yang lebih penting memberi faedah kepada negeri dan negara secara keseluruhannya,” ujarya.


Katanya, penganjuran program tersebut adalah satu usaha yang sangat proaktif, dengan menemu dan mengumpulkan pakar dan tokoh akedemik.
Beliau yang juga ADUN Alor Limbat menambah, tradisi intelektual yang diasaskan kedua-dua tokoh terbabit perlu dinyatakan dengan meluas dalam satu perspektif keilmuan, agar dihayati dan diperjuangkan oleh generasi akan datang.
“pemikiran para umara, ulama dan ilmuan Islam perlu dibuat (kajian) secara serius agar tradisi dapat diteruskan,
“(ia)adalah merupakan gabungan kepimpinan yang mentadbir negeri Terengganu ini sejajar dengan perundangan dan syariat Islam,” ujarnya.


“Kolokium Umara dan Ulama Terengganu diadakan pada hari ini bagi memperingati 100 tahun pemergiaan dua tokoh besar negeri Terengganu yang telah mengajar erti sebenar perjuangan,
“menuntut kemerdekaan dan perjuangan dan pengisian sebagai sebuah negeri bebas yang berdaulat mengikut acuan sendiri,” tambah beliau.




























