Kembali Menghayati Islam

1361

Oleh : DMS

SETIU – Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menyeru masyarakat supaya kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-61.

Ketuanya, Zulaiha Rozali berkata, pihaknya menyambut kemerdekaan negara dengan mengadakan dakwah jalanan ‘street dakwah’, menyebarkan risalah yang berbentuk nasihat untuk dihayati bersama.

Katanya, sasaran street dakwah kali ini lebih tertumpu kepada golongan belia kerana mereka lebih banyak terdedah kepada masalah sosial seperti LGBT, zina, rogol dan sebagainya ekoran daripada perkembangan media massa kini.

“hari ini kami mengajak masyarakat untuk bersama-sama merdekakan diri dari fitnah akhir zaman.

“Kembali kepada AlQuran dan Hadis nabi agar kita tidak termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.” katanya ketika selesai mengagihkan risalah ‘hiburan merdeka’ di pantai Batu Rakit pada petang 31 Ogos.

Oleh itu, beliau berharap masyarakat dapat memerdekakan diri terutama dari segi mental, fizikal, tingkah laku, pemikiran, cara hidup dan ekonomi.

“ia bagi membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun dan dapat membantu kerajaan menjadikan Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambahnya.