Kemerdekaan Ialah Suatu Nikmat

1829

KUALA NERUS – Satu nikmat yang Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia setiap tahun ialah dapat melaungkan perkataan ‘merdeka’ yang membawa makna bebas.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia membawa makna, bebas dari cengkaman penjajah.

“Pada sudut merdeka yang kita fahami biasa ialah bebas daripada penguasaan penjajah dengan menjadikan negeri ini dipimpin dan diperintah oleh anak jati penduduk setempat,

“kedaulatan dia yang tersendiri…itulah kefahaman kita dgn menjadikan negeri ini dipimpin dan diperintah oleh orang Malaysia sendiri dah kite berdaulat tidak diganggu oleh orang luar…..merdekalah kita , adakah itu makna merdeka yang sebenar,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu berkata pada program Forum Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018, di Masjid Padang Nenas , Isnin malam 27 Ogos.

Katanya, Inggeris, Belanda dan semua penjajah yang mentadbir tanah air umat Islam memberikn kemerdekaan kerana mereka tidak mampu berhadapan dengan para pejuang kemerdekaan .

“Kerana perjuang-pejuang kemerdekaan sanggup mati…..perjuang kemerdekaan yang dibina diatas ‘sabilillah’ jalan Allah ini……mereka sanggup mati syahid, mereka berjuang sungguh-sungguh dalam sejarah kemerdekaan ini,

“Musuh Islam tidak boleh bertahan ditanah air umat Islam kerana mereka mendapat tentangan dan serangan yang hebat daripada umat Islam,” tegasnya.

Namun, soal beliau, adakah kemerdekaan itu diisi, tepat dengan perspektif Islam atau sebaliknya?

“Tapi bagaiman kita nak mengisi kemerdekaan yang ada ini agar kemerdekaan ini tepat dengan perspektif Islam, bercirikan nilai-nilai Islam,

“kemerdekaan ini tempat sebagaimana yang tertulis dalam perlembagaan, Islam adalah agama rasmi ……dan inilah peranan kita,

“kita ialah kita mengisi kemenangan dan kita mengisi kemerdekaan dan kita mencorakkan kemerdekaan ini dengan kaca mata Islam,” tegasnya.

Justeru kata beliau, cukuplah kita melihat kepada sistem barat yang telah rosak dan gantikan ideologi pemikiran kita mesti menjuruskan pada kehendak Islam.

“tetapi musuh sedar umat Islam akan isi kemerdekaan ini berasaskan Islam mula cemari pemikiran umat Islam dan melihat sistem Islam ini sangat tidak sesuai,” tambah beliau