Catatan 2 Misi KAMI Di Lombok; Mana Pak Doktornya?

1486

Oleh : Naraza Muda

Ketika kami ‘mampir’ di pusat penempatan mangsa gempa bumi di Pulau Lombok dari Barat sehingga ke utara, itulah persoalan yang pertama, menyambut kami.

Persinggahan kami tidak dirancang kerana tugasan utama kami untuk sampai ke kaki gunung Rinjani, pusat goncangan, sebelum matahari terbenam.

Kami jelaskan kepada mereka, kami bukan kumpulan ‘Medic’ yang mereka tunggu tetapi kami adalah kumpulan NGO media KAMI yang datang untuk membuat liputan lapangan dan membawa sedikit sumbangan wang tunai, kepada mangsa korban yang sempat kami temui.

Kami pun tidak membawa wang yang banyak kerana kami hanya sempat membuat kutipan dua hari sebelum pemergian kami ke sini.

Tujuan utama kami adalah membuat tinjauan lapangan kerana sejak gempa bumi melanda seminggu lalu, rakyat di Malaysia agak sukar mendapat akses berita.

Maklumat yang diperolehi adalah daripada media arus utama yang hanya membuat liputan jumlah mangsa dan bukan situasi sebenar di sini.

Kami bergerak sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Lombok sekitar jam 10.00 pagi Jumaat, melalui jalan bandar Mataram kerana laluan utama merentas Gunung Sari terputus.

Jadi kami terlaksa menggunakan laluan tepi pantai Mataram-Senggigi yang jaraknya lebih jauh dan perlahan serta mengambil masa sehingga enam jam untuk sampai ke Lombok Utara.i

Sepanjang laluan itu kami menyaksikan puluhhan kampung yang musnah akibat gegaran terutama di kawasan pusat ‘parawisata’ Senggigi.

Ia merupakan kawasan utama pelancongan di ‘Pulau Seribu Masjid’ ini.

Menurut sukarelawan bebas Mohd Zulfikri Ridhwan, sebelum berlaku gempa, Sengigi adalah lokasi tumpuan aktiviti para penggemar keindahan pantai.

Selain itu, ia juga ada!ah kawasan penginapan para pelancong alam sekitar bagi aktiviti riadah mendaki gunung Rinjani dan Sankuriang.

“Tetapi sejak gempa bumi, pelancong samada dari Timur dan Barat tidak lagi datang ke sini…..dulu tepi-tepi jalan ini,

“Penuh dengan orang ramai….warung-warung maju, yapi sekarang sunyi sepi,” jelasnya yang juga bertindak sebagai ‘supir’ merangkap penunjuk jalan kami.

Memang benar, kawasan itu kini sepi! tiada aktiviti sehingga ke Teluk Nara yang jndah pandangannnya.

Setelah tujuh jam bergerak kami sampai juga di perdesaan kaki pergunungan Rinjani yang terletak kira-kira 75 kilometer dari lapangan terbang!

Ratusan masjid dan kampung yang musnah serta ribuan pusat perpindahan (posko) sementara di bangunkan disetiap dusun dan desa.

Kami hanya singgah Pusat perpindahan yang berada di laluan kami dan memang permintaan utama mangsa ialah pasukan perubatan.

Atas desakan ini, kami merumuskan keperluan utama mangsa pasca gempa bumi Lombok ialah doktor dan ubat-ubatan kerana mereka mendakwa sangat minima pasukan perubatan ditempatkan setakat ini, oleh pemerintah atau pun ‘simpatisan’ dari luar.

***Kumpulan Aktivis Media Indenpenden (KAMI) sedang berkhemah di tanah lapang Dusun Lenggoro, Kabupaten Lombok Utara, bermula Jumaat 10 hingga Ahad, 12 Ogos, 2018.