Muslimat Seru Ahli Bekerja Isi Kemenangan

1760

oleh: Nooreni Abu Bakar

SETIU – Muslimat PAS Negeri Terengganu menyeru semua ahli agar bekerjalah sebaik mungkin bagi mengisi kemenangan PAS yang telah memerintah menjadi kerajaan negeri.

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, ambillah peluang yang ada untuk mengajak masyarakat bersama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Hasrat jawatankuasa penaja Muslimat mahu menjadikan Pulau Redang maju setanding tempat lain yang terdapat di negeri Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan penubuhan Jawatankuasa Penaja muslimat cawangan tersebut di Pulau Redang di sini pada 9 Ogos.

Katanya, Ketua Muslimat Marang itu juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada PAS Cawangan dan PASTI Sakinah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mendekatkan masyarakat setempat dengan PAS.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu dan juga Pengerusi MPKK Pulau Redang, Abu Bakar Awang manakala Zainab Mohd telah dilantik sebagai ketua penaja majlis tersebut.