

Oleh : Solahuddin Al-Idrus
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan membantu, memberi penempatan rumah untuk golongan gelandangan bagi menjadikan taraf hidup mereka agar tidak tersisih dan hidup dalam suasana yang tidak terancam.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Perumahan, kesihatan dan Alam Sekitar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata
“Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, kami akan cuba menyelesaikan masalah ini bukan hanya pada wanita tersebut tapi juga pada gelendangan yang lain,
“Kami akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan memberi tempat perlindungan yang sewajarnya,” katanya ketika di temui semalam 30 Julai.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu, pihaknya akan mengadakan akan menguruskan sesi kaunseling dan kelas agama bagi golongan terbabit bagi memulihkan semangat dan meningkatkan kefahaman gama kepada mereka.


“Kita amat menitik berat masalah gelendangan dan remaja. Disamping itu kita akan adakan kaunseling dan pendedahan pada ilmu agama,” tambahnya,
Beliau yang sering membuat tinjauan ke lokasi ‘panas’ yang menjadi ‘tempat lepak’ golongan gelandadangan di bandaraya ini akan turut bergerak bersama-sama Pejabat Daerah Kuala Terengganu.
“Kami akan bersama bergerak dengan Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Pusat Khidmat Adun Bandar dan Unit Kebajikan Masyarakat untuk sama-sama selesaikan masalah ini,
“supaya mereka dapat hidup seperti manusia lain mempunyai tempat kediaman dan suasana kehidupan yang tidak mengancam keselamatan mereka,” jelas beliau.



























