

KEMAMAN – Isu ‘khinzir’ berkeliaran yang berleluasa sejak hampir 10 tahun lalu, kini agak kritikal, mengganggu emosi dan kehidupan harian para penduduk di Kampung Baru Kertih.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Ir Saiful Azmi Suhaili berharap ia akan diselesaikan secara ‘total’ dalam masa terdekat.
“Buah fikiran semua ahli mesyuarat (khas perkara tersebut) telah diperhalusi dan insyaAllah akan diambil tindakan menyeluruh,
“sebagai bukti komitmen dan seriusnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membantu,” tegasnya.


Menurutnya, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Tuan Haji Johan Ibrahim dan Setiausaha MPK, Ahmad Faris Abdul Razak.
Katanya, pihak Jabatan Perhilitan Daerah Kemaman, Rela Kemaman, Penghulu Mukim Kertih dan Kemasik serta semua pengerusi J3K juga turut hadir.
Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam operasi mengekang binatang liar itu.
“Terima kasih semua, kita usaha yang terbaik untuk rakyat!,” tambahnya.




























