Masalah Infrastruktur Penternak Ikan Di Air Tawar Akan Diselesaikan Segera

4007
Dr Azman dan Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman meliat cara pembenihan ikah 'Kerapu Hybrid' di kawasan penternakan, di Kampung Air Tawar Besut.

BESUT – Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu akan menyelesaikan masalah jalan dan tanah para penternak ikan di pantai Kampung Air Tawar secepat mungkin.

Pengerusinya Dr Azman Ibrahim berkata, menjadi dasar kerajaan negeri membantu mereka yang berminat dalam menambah hasil keluaran negeri.

“dan inlah yang menjadi dasar kerajaan negeri dan rasanya apa yang menjadi aduan yang diminta oleh kawan-kawan penternak ini tak susah diantaranya naik taraf jalan,

“saya kan minta segera dengan pegawai-pegawai pembangunan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mereka ambil tindakan mari tengok segera,

“Alhamdulillah kita ada pegawai yang sangat cepat dari segi tindakan di UPEN ada situ satu unit pembagunan pertanian dan asas tani dan ada disitu peruntukan untuk jalan-jalan yang berkait dengan bidang pertanian dan pertenakan ,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana, Penternak Ikan Daerah Besut pada Jumaat, 1 Jun.

“InsyaAllah kita boleh salurkan di samping kita boleh jimatkan dengan kita kaji balik beberapa program yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini….. kita susun semula dari segi keutamaan hak perlu buat,” tambah beliau yang juga Ali Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, kerajaan sedang membuat penyusunan semula dan kemaskini semua aktiviti Jawatankuasa peringkat negeri untuk dimanfaatkan kepada semua rakyat.

Beliau amat berharap usaha-usaha membaik pulih kerajaan mendapat kejayaan kerana katanya, ada peruntukan sebelum ini yang digunakan pada tempat yang tidak tepat.

“Saya ambil satu contoh mudah untuk kita ambil faham, sebenar penternak kita di Sungai Como di Tasik Kenyir…… kegagalan penternaan berpunca daripada masalah benih ikan,

“Jadi kalu kta keluarkan peruntukan untuk baiki sangkar ikan di situ ia adalah satu peruntukan yang kita keluarkan tak kena dengan ‘butir masalah’ sebab masalah dia pembenihan,” tegasnya.

Oleh itu katanya, sepatutnya perbelanjaan dibuat untuk ,eningkatkan pengeluaran benih ikan, bukannya membaiki sangkar yang rosak.

Turut hadir semasa lawatan dan berucap pada Majlis tersebut ialah YB Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, yang juga ADUN Kota Putera.