SETIU – Kebajikan membantu rakyat sentiasa menjadi agenda utama Parti Islam SeMalaysia (PAS), samada semasa menjulang kemenangan atau pun tidak.
Ahli Parlimen Setiu,YB Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, manifesto PRU yang dikemukakan kepada rakyat telah menjadi bukti PAS sentiasa menjaga kebajikan rakyat samaada ketika menjadi kerajaan ataupun tidak.
“PAS kini menjadi kerajaan bagi negeri Terengganu. Manifesto (kebajikan) yang kita tawarkan pada rakyat telah pun kita laksanakan,” jelasnya.


Menurutnya, program anjuran PAS Batu Rakit itu adalah salah satu daripada program tahunan yang dijalankan di bulan Ramadan.
“hari ini kita PAS menyampaikan sumbangan (cakna Ramadan) bagi membantu masyarakat setempat meringankan kos sara hidup yang tinggi.


“Sebagai kerajaan negeri pula, PAS telah memberikan air percuma,bantuan baikpulih rumah,bantuan lesen memandu dan banyak lagi yang akan dilaksanakan selepas ini.” Kata beliau, yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu.
Sehubungan itu, para penerima sumbangan berterima kasih kepada PAS dan bersyukur dengan pemberian itu.
“sumbangan ini boleh ringankan sikit beban nak raya,” kata Salma Awang, 67, salah seorang penerima bantuan.


Bagi Zahid Awi, 54, turut melahirkan perasaan sama berharap, sumbangan pada mereka yang memerlukan seperti di musim tengkujuh, bantuan persekolahan dapat diteruskan seperti sebelum ini.
Turut sama hadir memberikan sumbangan pada penerima ialah Pengerusi DUN Batu Rakit,Ustaz Mohamad Nazari Alias dan Ketua Kebajikan Muslimat Kawasan, Nor Azlin Farilah Hashim.



























