Seluruh Rakyat Diseru Bersama Laksana Agenda Negeri

2293

KUALA TERENGGANU – Tugas mengisi dan melaksanakan agenda negeri Terengganu bukan semata-mata dilaksanakan oleh Menteri Besar (MB) dan kepimpinan Exco kerajaan sahaja, tetapi seluruh rakyat terlibat sama.

Menteri Besar negeri Terengganu, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, ia merupakan suatu tugas berat yang perlu dipikul setiap warga, tidak mengira samada seseorang itu berjawatan atau tidak.

“Kita semua adalah rakyat negeri Terengganu yang akan dilihat oleh rakan-rakan di negeri lain yang memerlukan contoh yang terbaik daripada negeri kita,

“supaya penduduk negeri lain tengok melihat negeri Terengganu bukan sahaja dari segi aspek kebersihan dan pertuturannya,

“tetapi melihat keperibadian dan akhlak yang dipunyai oleh rakyat negeri ini berada di tahap yang terbaik sehingga menjadi contoh kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dan ucapan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Pengadang Baru pada Jumaat, 18 Mei.

Katanya, Rasulullah SAW sebagaimana yang disabda olehnya dalam satu hadis menyebut kepada kita ‘barangsiapa yang ingin diluaskan pintu rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung tali silaturrahim’.

“inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dan menjadi tugas dan tanggungjawab kita setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin menyebabkan sedikit sebanyak kecederaan (terluka) di dalam masyarakat,

“Maka dalam tempoh sekarang ini kita hendaklah merapatkan hubungan tali silaturrahim dalam masyarakat sesama jiran tetangga kampung halaman dan rakan sekerja,

“yang mungkin sebelum ini sepanjang tempoh berbulan-bulan yang lepas ada perkara yang timbul dalam perbincangan masing-masing,

“dan menyebabkan suasana tidak aman serta mengguriskan hati masing-masing,” ujarnya.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil semangat daripda Rasulullah SAW untuk merapatkan saff dan bersama-sama membina dan mengisi kemenangan dalam PRU yang baru sahaja berakhir.