PAS Akan Selesaikan Janji Manifesto Secepat Mungkin

1447

KEMAMAN – PAS sedaya upaya berusaha menyelesaikan janji manifesto PAS secepat mungkin untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Cikgu Ab Razak Ibrahim berkata, PAS akan merealisasikan tawaran yang diberikan oleh kerajaan selepas PAS mendapat kemenangan di Negeri Terengganu.

“Saya bagi pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) mengucapkan terima kasih kepada petugas parti yang berusaha bertungkus lumus siang dan malam serta pagi dan petang,

“dengan menginfakkan diri dan jiwa serta harta benda mereka bagi memenangkan Islam yang kita impikan selama ini,

“dan tidak dilupa Dewan Undangan Negeri (DUN) Air putih yang bekerja kuat dan berganding bahu menunggu sampai sekarang bukan masa dalam Pilihan raya umum (PRU) sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis kesyukuran sempena PRU ke – 14 di DUN Air Putih pada Ahad, 13 Mei.

Katanya, sebelum PRU ke 14 lagi PAS telah membuat kerja dengan satu rangkaian yang sangat baik dan rakyat memberi kepercayaan kepada PAS melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

“Menteri besar PAS telah mengangkat sumpah bersama ahli- ahli EXCO dan proses penyerahan tugas daripada menteri besar lama kepada menteri besar baru iaitu YAB Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar di Pejabat Wisma Darul Iman,”ujarnya.

Menurutnya, program Himpunan kesyukuran kerajaan Rakyat Terengganu akan diadakan di Stadium Suktan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus pada Selasa, 15 Mei.

“Kita akan bersama dengan idola anak muda, Ustaz Wan Azhar Idrus, Menteri Besar Terengganu, YAB Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan Pesuruhjaya PAS YBHG Dato Haji Husain Awang,

“dan di jemput kepada yang berkelapangan bagi menghadirkan untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepda kerajaan Negeri Terengganu,” tambah Cikgu Ab Razak lagi.