PAS Tidak Akan Biarkan Fitnah Berulang

4921

HULU TERENGGANU – PAS tidak akan biarkan pihak musuh menfitnah dan memburuk-burukkan parti itu, seperti zaman pemerintahannya pada tahun 1999 sehingga 2004.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang YB Dr. Hj Mamad bin Puteh berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak musuh untuk menakut-nakutkan rakyat agar membenci Parti Islam Semalaysia (PAS).

“Saya ingin menegaskan kembali seperti apa yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang bahawa segala urusan kerajaan tempatan mahu pun agensi kerajaan akan berjalan seperti biasa,

“Dan tidak ada mana-mana balai raya yang akan ditutup…..tiada anak-anak tadika yang sedang belajar dihentikan serta tiada guru-guru tadika disekat pengajarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman sosialnya pada Sabtu, 12 Mei.

Sehubungan itu, Katanya, para guru tidak perlu bimbang dengan fitnah yang dilempar kepada PAS dan teruskan mengajar seperti biasa.

Sekiranya apa-apa terjadi, tegas beliau, ia adalah dianggap sebagai satu tindakan ‘sabotaj’ dan parti PAS tidak akan bertanggungjawab.

“Hari ini merupakan hari berkasih sayang dan tidak akan ada orang yang dizalimi, dan saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat,

“Terutamanya pengundi Kuala Berang yang memilih PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 yang lalu,” ujarnya lagi.

Tambah, Dr Mamad lagi, semoga kita semua dapat menumpukann usaha untuk DUN Kuala Berang agar lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang.