Kerajaan Baharu; Angkat Sumpah Menteri Besar Dan Exco Pada Malam Ini

2322

KUALA TERENGGANU – Majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan Negeri Terengganu akan diadakan pada malam ini pukul 9 malam di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan di Istana Syarkiyah.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, PAS berhadapan dengan pilihan raya umum (PRU) ke 14 dengan baik dan menerima apa jua keputusan samada memihak pada kita ataupun tidak.

“kita mengambil alih pentadbiran dan pengurusan negeri bukan untuk menzalimi sesiapa,

“Tetapi semata-mata membina kasih sayang dan manjalinkan hubungan mesra diantara kesemua pemimpin politik dan masyarakat,

“Dan itulah dasar serta prinsip yang ada kepada kita parti Parti Islam Semalaysia (PAS),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat KUIS, Rusila pada Khamis, 10 Mei.

Katanya, semua agensi kerajaan berjalan seperti biasa dan sekiranya berlaku diluar tindakan seumpama menutup balai raya itu merupakan ‘sabotaj’ yang tidak ada kena mengena dan tiada arahan daripada mana-mana parti mahupun pihak kerajaan.

“Fungsi jawatan kuasa masjid dan juga perjalanan urusan masjid samada itu urusan harian ataupun urusan mingguan hendaklah berjalan seperti biasa,

“Dan Menteri Besar (MB )serta barisan EXCO akan mula memasuki Wisma Darul Iman jam 9 pagi pada hari Isnin, 14 Mei akan datang,”ujarnya.

Menurutnya lagi, kami akan mengadakan solat hajat dan upacara penyerahan tugas daripada mantan Menteri Besar kepada menteri Besar yang baru sebelum memasuki Wisma Darul Iman.

“Kita mahu mengambil alih tugas dalam suasana tertib dan juga berakhlak penuh mesra,

“Demi untuk selaras dengan kerajaan persekutuan maka diumumkan pada hari Ahad nanti iaitu 13 Mei sebagai cuti umum pada seluruh rakyat negeri Terengganu,”jelas beliau lagi.