Patuh Arahan Waktu Kritikal Menjelang PRU14

1075

MARANG – PAS mengingatkan seluruh petugas dan jentera parti agar memastikan tahap disiplin dan patuh pada arahan yang dikeluarkan dalam waktu-waktu kritikal sebelum menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berkata, ini untuk memastikan tiada sebarang unsur provokasi ataupun gangguan yang boleh mencacatkan strategi.

“Setelah kita menggerakkan jentera di semua peringkat samada jentera MTD , Unit Peti Undi (UPU), Muslimat , Pemuda dan Ameerah,

“Maka pada hari ini kita sedang berada dalam situasi dakwah dan seruan kita semakin diterima oleh para pengundi,”katanya.

Beliau yang juga calon PAS N20 Pengkalan Berangan yang ditemui pihak media dalam Komentar petang pada Isnin, 7 mei.

Katanya,satu signal yang begitu jelas telah ditunjukkan oleh pengundi untuk lakukan perubahan sebagaimana moto yang digunakan N20 Sejahtera Semakin Menyerap Masuk dan semakin diterima oleh para pengundi.

“Kita mengharapkan supaya momentum ini dapat diteruskan sehingga ke hari pengundian,

“Dan mudah-mudahan dengan setiap pelaksaaan dan strategi yang diarahkan itu menjadi satu ‘asbab’ ke arah mencapai kemenangan peringkat DUN Pengkalan Berangan,”ujarnya.