Oleh MNA
Saya secara peribadi menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Sebagai seorang pengamal media, saya berpeluang menemui, berkawan ataupun berkerja bersama-sama mereka didalam jemaah PAS. Saya sentiasa mengikuti perkembangan sebahagian besar calon-calon PAS terutama yang melibatkan isu Sidang Dun. Ada yang saya kenali dengan mendalam, ada juga melalui program-program bersama. Lebih daripada itu, saya berpeluang membuat liputan terhadap mereka secara dekat, bagi mengupas pelbagai isu-isu semasa di Terengganu. Melalui pengalaman ini, saya kongsikan dengan anda watak-watak calon-calon PAS kali ini di hadapan dan di balik tabir.
P037 Marang : Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Saya rasa saya tidak perlu memperkenalkan beliau. Cuma saya ingin memaklumkan bahawa mengenali beliau secara peribadi adalah seorang yang peramah, senang ditanya dan senang menjawab soalan. Kadang-kadang suka bergurau. Sesuatu yang mungkin tidak terfikir oleh orang lain. Tak kenal maka tak cinta.


Ketika PAS kalah pada tahun 2004, saya dimaklumkan yang beliau telah menyambung pelajarannya dalam bidang agama. Alhamdulillah beliau bukan sahaja mahir dalam bidang IT, malah juga dalam bidang agama, kerana memegang dua ijazah. Dipertanggungjawabkan memegang portfolio berkaitan IT, beliau sentiasa bangun mempersoalkan isu berkenaan kegagalan i-class, e-book dan juga isu-isu IT yang lain pada Sidang Dun. Rakyat mendapat maklumat hasil dari pendedahan beliau berkenaan gagalnya projek-projek yang disebutkan itu. Bukan sedikit, malah jutaan ringgit wang rakyat dileburkan oleh Umno dan beliau bangun membela wang rakyat yang dibazirkan.
Keupayaan beliau dalam hal ini, pasti akan membantu kerajaan teknokrat PAS Terengganu, mempertingkatkan keupayaan IT bagi kebaikan rakyat. Isu-isu berkenaan Top IT iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang gagal berfungsi dengan baik, insyaAllah akan diselesaikan oleh PAS. Kontraktor-kontraktor IT dari luar perlu ditapis bagi membuka lebih peluang kepada syarikat-syarikat IT tempatan. Ustaz Ariffin, saya percaya adalah orang yang sesuai bagi tugas-tugas itu selain daripada berpengalaman luas sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu


Dua kali beliau diberi kepercayaan mewakili PAS di Dun ini dan dua kali beliau memenanginya. Kali ini kali ketiga dan bakal berhadapan dengan wakil wanita daripada Umno. Kekuatan beliau ialah mempunyai bakat kepimpinan semenjak di Sekolah Sheikh Abdul Malik lagi. Setelah keluar daripada Universiti al-Azhar, beliau menimba pengalaman bersama Adun Kuala Berang ketika itu, Dr Mamad Puteh. Diberi kepercayaan oleh Pemuda PAS untuk menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu selama enam tahun. Setelah berjaya dalam barisan kepimpinan Pemuda, beliau membuktikan ketokohannya sekali lagi dengan diberi kepercayaan dilantik menjadi Ketua Penerangan PAS Terengganu bagi penggal ke-2. Manakala sewaktu pemilihan di peringkat kawasan Marang pula, beliau antara yang mendapat undi terbanyak dari perwakilan sehingga sudah dua kali diamanahkan menjadi Timbalan Yang Dipertua.
Seorang yang berdisiplin tinggi dan menepati masa. Ucapan-ucapan beliau sangat jelas, lantang, terang dan fokus kepada isinya. Dapat dilihat beliau antara salah seorang Adun yang sentiasa dipuji Speaker kerana ketepatan masa membahaskan isu-isu di Dun. Beliau berjaya mendedahkan beberapa isu penting seperti kegagalan projek Bebas Cukai Kenyir, Taman Ilmu, Jerteh Souq, royalti, pemilikan telaga minyak Bertam dan banyak lagi. Sering dipilih bagi menggantikan Presiden PAS bagi menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila. Dengan pengalaman kepimpinan yang beliau miliki semenjak zaman persekolahan lagi, jelas PAS Terengganu akan mendapat manfaat daripada beliau dalam mentadbir kerajaan teknokrat PAS nanti.


Saya menjangkakan tokoh kelahiran Besut ini bakal menjadi aset penting kerajaan teknokrat PAS Terengganu nanti. Saya tidak melihat masalah penerimaan calon luar oleh pengundi kerana dizaman sekarang, semua parti melihat pengundi lebih mementingkan pencapaian calon dan parti, bukan daripada mana mereka berasal. Bekas teman persekolahan Haji Amzad di SESMA ini amat tepat dipilih menggantikan kerusi Presiden PAS ini.
Dengan kita membaca kelayakan pendidikan beliau serta pengalamannya sebagai seorang pakar aeroangkasa, memberikan gambaran kesungguhan PAS menawarkan sebuah kerajaan teknokrat untuk kesejahteraan rakyat. Tetapi saya yakin, cukuplah bagi kita yang mahukan gandingan ulamak dan profesional di dalam pentadbiran teknokrat nanti melihat pencapaian beliau yang bukan sahaja disebut oleh PAS, malah pihak pro kerajaan juga memuji beliau. Selain daripada pernah dua kali bersama beliau di dalam penerbangan, saya belum lagi ada pengalaman duduk berbual isu-isu bersama beliau.


Seorang lagi wakil Dewan Pemuda PAS Terengganu dan kali kedua diberi peluang mencabar Exco dari BN. Dengan keadaan geografi Dun yang agak besar dan luas, beliau sanggup bergerak ke sana ke mari bagi memenangkan PAS bermula semenjak beliau kalah pada tahun 2013 lagi. Begitulah kesungguhan beliau dalam menggalas tugas yang PAS berikan kepadanya. Isu-isu rakyat seperti masalah muara Sungai Merchang, menunjukkan keperihatinan beliau, walaupun tidak menjadi Adun. Ustaz Man, mengenali beliau sebagai seorang yang sangat bersopan santun, mudah mesra dengan orang ramai. Dengan kelebihan beliau di dalam bidang agama, bakal memberikan sumbangan besar kepada rakyat Pengkalan Berangan nanti insyaAllah.




























