BESUT – Pada hari-hari terakhir kempen, rakyat mesti bersedia untuk membuat keputusan terbaik bukan berasaskan kepentingan dan keperluan semasa tetapi keputusan untuk masa depan generasi yang akan datang.
Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Haji Wan Azhar Wan Azhar berkata, rakyat mesti berani menjadi seorang pemilih dan pengundi yang bijak serta berani dan juga berprinsip.
“Inilah peluang bagi rakyat untuk mereka ‘menterjemahkan’ apakah yang mereka rasai hasil pemerintahan yang dilakukan di bawah kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN),
“Dan juga kepimpinan yang pernah diterajui oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) di bawah kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” jelasnya
Katanya, PAS mengharapkan perbandingan dibuat antara kerajaan PAS dan Umno metilah secara adil dan jujur, untuk kepentingan dan kebaikan mereka bersama.
Sehubungan itu, kata beliau yakin, apa pun strategi terakhir yang dibuat dan diolah, oleh mana-mana parti yang bertanding, tidak akan mengubah pendirian para pengundi menjelang hari pembuangan undi pada 9hb Mei.
Oleh itu beliau berharap, para pengundi luar yang pulang melaksanakan tanggungjawab menyampaikanmaklumat yang benar kepada keluarga dan sanak saudara.
“PAS berharap supaya pengundi-pengundi balik dalam keadaan bersedia untuk melakukan perubahan dalam masyarakat kita melalui kaedah pengundian yang dilaksanakan dalam proses sistem demokrasi di negara kita,
“Dan dapat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka kepada anggota keluarga samada ibu ayah atau adik beradik dengan memberi pandangan dari sudut orang yang berada diluar daripada kelompok kita,” ujarnya.
Mengulas tentang usaha kempen yang telah dibuat, Yang DiPertua PAS Besut berkata, beliau memasuki fasa kedua sejak pembubaran parlimen, iaitu menziarahai pejabat-pejabat kerajaan.
Penjelasan kepada orang ramai, katanya terus dibuat dengan memberikan penerangan tentang manifesto, janji PAS yang akan dikaksanakan sekranya diberi mandat memerintah.
“kita fokuskan penjelasan tentang tawaran oleh PAS Terengganu…… daripada respon yang kita dapat, teruatamanya tawaran tanah lot kediaman dan perumahan, mereka mahu miliki apa yang PAS tawarkan,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ‘kem-kem’ Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang dapat menerima calon PAS tanpa sebarang masalah.