DUNGUN – Para petugas diminta menjadikan jentera mereka bersifat ‘magnet’ kepada perjuangan supaya dapat menarik masyarakat untuk mengundi PAS di dalam pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.
Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata jihad pilihan raya PAS adalah dengan kaedah ‘muwajahah silmiah’ iaitu berdepan secara aman dan damai.
“konsep kemenangan kita ialah dengan meramaikan orang, yang menyertai dan bersama dengan kita,” jelas beliau.
Ustaz Jamaludin berkata demikian ketika menyampaikan taujihat di Majlis Ifthor dan Munajat Pertahankan Kemenangan, Muslimat PAS DUN Rantau Abang di Surau Kubur Gong Pasir, di sini pada Selasa 12 April.


“Kita kena menarik orang dengan perkataan kita, termasuk dengan doa kita”, ujar beliau lagi.
Oleh itu, beliau berharap setiap muslimat sepatutnya bersedia di posisi dengan kebolehan masing-masing.
“Tempoh ini adalah tempoh dimana kita mahu ‘create’ kerja, perlu cari kerja…mesti wajib buat sesuatu”, tambah beliau lagi





























