KUALA TERENGGANU – Hari mengundi yang jatuh pada hari Rabu 9hb Mei 2018 akan menghalang ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat Rd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bukan sahaja menafikan hak mereka malah akan menimbulkan kemarahan rakyat.
”Kerajaan sementara perlu segera mengisytiharkan cuti rasmi selama dua (iaitu pada) hari Selasa dan Rabu, 8hb dan 9hb Mei,
”untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman yang dbiat oleh Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia (SPR) pagi Selasa yang menyatakan, hari mengundi membuang undi pilihanraya umum kali ke-14 adalah 9hb Mei 2018 (Rabu).
Manakala, menurut SPR, tarikh keluar Writ aalah pada 11 April 2018 (Rabu) dan hari penamaan calon jatuh pada Sabtu, 28 April dan hari mengundi awal pada 5 Mei 2018 (Sabtu).
Sehubungan itu, beliau yakin, kerajaan baru yang akan ditubuhkan nanti boleh sahaja mengumumkan cuti sehari lagi kerana meraikan kemenangan pada PRU ke 14. I
”ia boleh menjadi sebagai satu manifesto tambahan semua parti pembangkang,” tambah beliau





























