Masihkah Kau Ingat Projek e-Book

1534
http://buletinonline.net/images/stories/berita33/MBbanggae-Book.jpg

Mantan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata : “Pelaksanaan e-Book dengan akses Internet kepada setiap murid sekolah rendah adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-Ekonomi. Program e-Book ini sudah pasti akan menjadi tumpuan bukan sahaja di negeri lain dalam Malaysia, namun turut menjadi perhatian negara lain.”

Ucapan ini pada tahun 2009 di Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

SETELAH TUJUH TAHUN

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Abdul Latif Awang memaklumkan bahawa *program e-Book telah ditamatkan* pada tahun 2015. “Perkara ini diambil inisiatif oleh Menter Besar (Ahmad Razif), sebagai langkah proaktif dan kerajaan negeri telah melantik konsultan untuk membuat kajian tentang keberkesanan projek e-book itu. “Pada tahun 2014, satu kumpulan penyelidik dari Institut Darul Iman (Idaman) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), yang diketuai oleh Profesor Dr Ibrahim Mohamad.

Pada awalnya, Kerajaan BN Terengganu menganggap projek e-Book ‘molek dah’ dengan memperuntukan bajet yang sangat tinggi untuk membekal e-Book kepada pelajar.

Pembinaan Kilang dan ‘design & build’ dianggarkan sebanyak Rm7.95 juta.*

Kajian e-Book dianggarkan sebanyak RM 500,000.

Tahun 2008 – 2014 dianggarkan perbelanjaan e-Book sebanyak RM 180 juta.

Tahun 2015 – dianggarkan perbelanjaan e-Book sebanyak RM 4 juta.

Bajet keseluruhan projek e-Book ialah RM 192,450,000 ( 192 juta ).

Jika diandaikan kos sebenar perbelanjaan e-Book adalah 80% daripada bajet, maka ia berjumlah RM153,960,000 ( RM 153 juta).

PAS bimbang dengan projek e-Book ini akan menyebabkan kerugian duit rakyat. Semenjak awal lagi, PAS desak agar Kerajaan BN Terengganu buat kajian yang teliti sebelum perlaksanaannya. Dato Seri Ahmad Said, mantan MB berbangga dengan impian.
Malangnya, Dato Seri Ahmad Razif, Menteri Besar telah menamatkan projek e-Book dan nostalgia Mantan MB, Dato Seri Ahmad Said dihapuskan. Duit Rakyat dilaburkan jutaan ringgit dengan sebab pertembungan dalam pentadbiran dan perbalahan politik umno/BN. Rakyat menjadi pening. Pelajar sekolah menjadi sasaran. Mungkin ini yang dimaksudkan ‘molek doh.’

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
23 Rejab 1439H / 10 april 2018