KUALA TERENGGANU – Pemimpin PAS Terengganu yang telah dipilih sebagai wakil rakyat pada pilhan raya umum kali ke-13 lalu mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak.
Ketua Penerangannya Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga mantan wakil rakyat Bukit Payong berkata, walaupun tanpa bantuan kerajaan, beliau dapat melaksanakan amanah rakyat.
”Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala limpah kurnianya, walaupun serba kekurangan, tanpa bantuan kerajaan,
”saya yang dibantu kukuh AJK MTD Bukit Payong masih lagi dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.


”Bagi yang mengikuti ‘Page’ saya, anda pastinya telah menyaksikan aktiviti kami atas nama PAS yang telah dilaksanakan untuk agama,” ujarnya.
Katanya, walaupun DUN Terengganu telah dibubarkan hari ini, namun beliau dan pasukannya akan terus memberi khidmat kepada masyarakat kerana Islam dan negara.
“Terima kasih kepada rakyat yang mengundi PAS. Kami mohon kemaafan diatas segala kekurangan, salah dan silap jika ada,
”yang sememangnya tidak kami sengajakan. Sesiapa sahaja yang menjadi calon, tak kira di mana-mana DUN, pastikan anda mengundi PAS,” katanya.


Namun begitu katanya, dengan bantuan semua pihak, peranan sebagai ADUN dapat dijalankan semampu yang mungkin.
”bergelar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu atas kapasiti pembangkang bukanlah mudah untuk mengendalikan urusan masyarakat,
”Meskipun demikian, alhamdulillah peranan sebagai wakil rakyat dapat dijalankan semampu yang mungkin samada khidmat terus atau melibatkan urusan dengan pihak berkuasa tempatan,” kata beliau.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia itu, turut merakamkan rasa syukur atas peluang yang diberikan.


”dalam seluruh pendekatan dan layanan yang dihulurkan buat semua rakyat DUN Tepoh.
”terima kasih sekali lagi kerana memberikan saya peluang untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat Tepoh,
“terima kasih juga buat semua jentera PAS yang gigih berada di belakang membantu dan mempermudahkan laluan perjalanan yang mencabar ini,” jelasnya.





























