KEMAMAN – Hampir 30 ribu orang Kemaman di sektor minyak dan gas (Oil AND Gas) hilang pekerjaan akibat kejatuhan harga minyak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, sebahagian besar keluar dari kampung berhijrah ke bandar dan ada yang balik kampung untuk mencari pekerjaan lain.
“Apabila mereka keluar daripada kawasan Kemaman menyebabkan ekonomi Kemaman ‘merudum’,
“Saya berjumpa dengan peniaga kecil terutama penjual ikan berkata kalau dahulu ikannya boleh dijual 100 ekor sehari tetapi sekarang ikannya hanya dalam 40 hingga 50 ekor sehari,
“Dan separuh daripada pendapatan penjualannya sudah hilang,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam program Anda Tanya, YB Jawab, Isu Semasa Di Terengganu khususnya di kemaman, Isnin, 26 Mac, disini.


“Saya selalu sebut antara anak syarikat kerajaan yang paling hebat di Kemaman ialah herpick yang mana terdapat pelabuhan,
“Dan pelabuhan Kemaman seperti mati tidak sepertimana pelabuhan di Kuantan yang sibuk dan ada kontena,
“Tetapi kenapa pelabuhan Kemaman bila tutup sahaja pelabuhan itu senyap sunyi.
“Sedangkan airnya sangat dalam dan mempunyai jalinan jalan yang lebih baik daripada Kuantan,”ujar beliau.
Justeru beliau berharap kerajaan baru yang akan memerintah menyelesaikan pelabuhan supaya pelabuhan kemaman dapat beroperasi dan anak-anak muda dapat bekerja semula di pelabuhan tersebut.
Katanya, kerajaan perlulah melihat dan beri sedikit tumpuan sebuah industri untuk meningkatkan kembali usahawan sederhana.





























