Oleh KAM
MARANG: Harapan seorang warga emas yang kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis untuk memiliki sebuah kerusi roda akhirnya tercapai.
Abdul Aziz Embon, 65, dari Kampung Kelulut melahirkan rasa terharu apabila kehadiran rombongan Pemuda PAS membawa kerusi roda yang diimpikannya.
“Pok Aziz rasa sangat terharu dan gembira yang amat sangat kerana anak-anak Pemuda (PAS) datang ziarah bawa bersama kerusi roda, Alhamdulillah.
“Rasa syukur ini kerana lama doh Pok Aziz nok kerusi roda ini tapi tak ada rezeki lagi masa itu,” ujarnya dengan rasa terharu.
Menurutnya, sumbangan kerusi itu bagi memudahkan pergerakannya seharian tanpa menyusahkaan orang lain.


Selain itu, Pok Aziz juga masih mempunyai seorang anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berusia 11 tahun.
Dimaklumkan, selain mendapat bantuan kerusi roda Pok Aziz turut menerima sumbangan barangan keperluan harian.
Sumbangan itu anjuran Penyelaras Pemuda PAS DUN Rhu Rendang bersama NGO Iman Care dan disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Hadir sama Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Rhu Rendang, Mohamad Aswadi Mohamad serta Jawatankuasa PAS Cawangan Kelulut.




























