Kerajaan Tidak Sepatutnya ‘Umpan Duit’ Kepada Imam Dan Bilal

2822

KUALA NERUS – Kerajaan Umno Dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya jadikan duit sebagai ‘umpan’ kepada iman dan bilal yang memaksa mereka hadir ke Expo Terengganu minggu lalu.

Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, imam dan bilal bukan budak sekolah tetapi sepatutnya dihormati dan dihargai serta bukan menyusahkan mereka.

“Di expo baru-baru ini berebut-rebut terima duit sehingga viral dalam facebook……Kenapa Umno BN buat begitu pada mereka,

“Kesian kita tengok beribu-ribu mari sepatutnya dah ada akaun masing- masing buat masuk je la (ke dalam akaun),

“Jemput je la…..kalau nak suruh dengar ceramah Perdana menteri Najib…. Nak mari marilah… tak nak mari nak buat macam mana,

“Dan jangan mari belaka…….siapa dia nak azan……siapa dia nak jadi tok imam di masjid dan surau kalau) masing-masing takkan kosong belaka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Markaz Unit peti Undi (UPU) Kampung Baru Seberang Takir, Khamis, 8 Mac, disini.

Menurutnya, sewaktu Tuan Guru Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar, beliau telah menaikkan gaji imam dan bilal, yang sebelumnya pada pemerintahan kerajaan Umno-BN adalah rendah.

Namun katanya, PAS tidak buat sebagaimana yang Umno-BN lakukan di Expo, baru-baru ini.

“Bila PAS menang sahaja tok guru sebagai menteri besar tengok gaji imam bilal rendah dok oh (murah) ….tok guru kata tak boleh ni……kita negeri Terengganu negeri kaya dengan duit royalti yang banyak,

“dan tok imam tok bilal ni merupakan satu anggota masyarakat yang sangat penting di kampung-kampung dan dimana-mana……nak sembahyang……tok imam dan tok bilal lah yang berperanan,

“serta tok bilal panggil orang sembahyang dan tok imam mengimamkan sembahyang…….ada kenduri ada akikah, ada sembahyang hajat……ada sakit dan sebagainya tok imam dan tok bilal yang akan dipanggil,” ujar beliau, menceritakan peranan PAS semasa memerintah Terengganu.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu menambah, bantuan penerima kebajikan masyarakat negeri juga ditambah oleh kerajaan PAS.

Katanya, duit kerajaan negeri dibahagikan kepada rakyat supaya sama-sama merasai kekayaan hasil bumi negeri ini.

“Kita tak nak negeri kaya tetapi rakyat susah…….kita nak seperti mana neger kaya rakyat pun tumpang sama hak ini yang kita nak,

“Sebab itu jangan lupa sebab tidak pelik Umno BN lihat bagaimana kerajaan PAS menggunakan sungguh-sungguh duit royalti negeri ini untuk dikongsi dengan rakyat sehingga Umno BN berkata sekiranya royalti diteruskan pembayaran kepada kerajaan PAS dan guna dengan betul duit royalti ini,

“Maka pada waktu itu Umno BN boleh mengucapkan selamat tinggal kepda rakyat negeri Terengganu,” kata beliau lagi.

Kata beliau lagi, kerajaan Umno-BN akan lenyap di bumi Terengganu sebab rakyat berasa sangat gembira dengan pentadbiran kerajaan PAS yang mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sebab itu pada tahun 2000 terus dipotong dan di nafikan hak royalti (petroleum) sehingga sekarang dan rakyat Terengganu jangan lupa,

“Inilah diantara pengkhianatan Umno BN paling besar yang menafikan hak royalti kepada rakyat sehingga sekarang.

“Dan sekarang duit tersebut telah ditukar kepada ‘dana khas’ dan bila dana khas duduk dengan kerajaan pusat terpulang pada kerajaan pusat nak beri banyak mana,

“Kuasa nak belanja tidak lagi terletak kepada kekuasan kerajaan negeri terengganu,” ujar beliau lagi.