Kos Sara Hidup Terengganu Tinggi

2969

MARANG – Kos sara hidup yang tinggi di negeri Terengganu menyebabkan masyarakat terus terbeban pada hari ini dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu Hajah Zarani Othman berkata, harga ikan sangat tinggi di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain.

“Perbezaan ikan tongkol di Kelantan sekilo RM8.00…….di Kuala Lumpur RM10.00 dan di Terengganu RM11.00,

“Ikan keli di Kelantan RM6.00 dan di Kuala Lumpur RM4.00 sekilo serta di negeri Terengganu RM8.00 sekilo,

“Ikan selayang sekilo di Kelantan rm6 dan di Kuala Lumpur RM 9 serta di Terengganu RM 8,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang pada Sabtu 3 Mac.

Menurutnya, jentera Muslimat bersiap siaga dan memperkasakan lagi gerak kerja dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang ke 14 yang akan berlangsung bila-bila masa sahaja lagi.

“Gerak kerja dan program yang disusun samaada di peringkat kawasan hinggalah cawangan mestilah mencapai kepada empat ‘P’ iaitu semua program yang kita rancang mesti ada perancangan dan pelaksaaan serta buat penilaian,

“Dan di samping itu perkemaskan jentera di peringkat kawasan dan Unit Peti Undi (UPU) dengan mengerakkan semua Lajnah dan Unit Fortfolio yang ada turun ke medan masyarakat khususnya bertemu dengan pengundi bagi kita memasyarakatkan PAS dengan budaya politik matang sejahtera,”ujar beliau.

Tambah Hajah Zarani yang juga Ketua Muslimat Marang, setiap ahli perlu mempersiapkan luaran dan dalaman masing-masing.

leh itu, katanya, untuk gerak kerja lebih berkesan, pimimpin atasan akan turun ke bawah dan pimimpin cawangan mestilah keluar untuk menerima arahan dan juga amanah daripada kepimpinan.

“Muslimat kena aktif dan faham disamping itu juga bukan sahaja terjah dan dedah tetapi kita nak bawa tawaran kita telah dibekalkan manifesto PAS negeri Terengganu dan peringkat pusat kita ada dokumen Hijau serta kita ada WINS,

“Dan inilah tawaran PAS bukan kita cakap tetapi insya Allah kita akan relisasikan selepas PRU yang ke 14 sekiranya diberi mandate oleh Allah dan oleh pengundi-pengundi seluruh negeri Terengganu,” ujarnya.