Oleh : KAM
DUNGUN – Semua rakyat Malaysia dan negeri ini khususnya warga Tionghua dalam kawasan Parlimen Dungun diseru agar memilih PAS sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU14).
Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menegaskan, kemenangan PAS penting agar kebajikan rakyat seluruhnya dapat dijaga.
Kata beliau, PAS masuk bertanding dalam pilihan kerana mahu menang dapat memerintah negeri dan negara ini.


“Di antara yang pernah kita lulus semasa pemerintahan kerajaan PAS tahun 1999-2004 iaitu tapak Tokong (Cina) di Kampung Batu Lima ini diluluskan oleh kerajaan PAS di zaman ketika saya jadi Exco Kerajaan Negeri (Terengganu).
“Kita (Islam) mesti rai orang bukan Islam kerana mereka juga adalah rakyat kita. Maka, mesti dijaga kebajikan hak yang melibatkan agama mereka. Hak yang melibatkan kesihatan mesti diraikan, yang melibatkan pendidikan mesti diraikan kerana mereka adalah rakyat kita,” jelasnya dihadapan 400 masyarakat Tionghua.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dungun, Puan Sarena Lim Abdullah.
Justeru katanya, Islam yang dibawa PAS adalah mengikut sunnah nabi, yang menyuruh berlaku adil sesama manusia, tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.


“Oleh itu, kita wajib jika kita (PAS) memerintah (mesti) melakukan keadilan kepada semua,” jelasnya dihadapan 400 masyarakat Tionghua,” kata beliau




























