KUALA TERENGGANU – Kita semua adalah sama yang diciptakan oleh Allah SWT yang menjadikan manusia, bumi, udara, dan air serta cahaya.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Haji Hussain Awang berkata, ‘nyawa’ adalah penciptaan Allah yang tidak boleh diberi oleh sekelian makluk lain.
“satu benda yang paling mahal yang tak boleh diberi oleh sesiapa…….tiada siapa boleh beri…….Menteri besar tak boleh beri……..Perdana menteri tak boleh beri… yang boleh beri ialah Allah iaitu nyawa.,


“kita hidup kerana dia (Allah) beri nyawa kepada kita……ertinya kita sama taraf dan tidak ada beza serta kita sama-sama mendapat nyawa daripada Allah,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jamuan Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Hadapan pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu, Khamis, 22 Februari, di sini.
“Hidup daripada Tuhan dan bukan daripada diri kita dan bukan daripada orang lain,
“cuma bezanya ialah ada melayu dan cina tetapi semuanya Allah yang jadikan dan kita sama taraf dari tuhan,” tambah beliau.


“Kita sama sahaja…….apabila berada di atas jalan yang betul dan semua adalah baik serta orang yang akan sama-sama membina kehidupan yang sejahtera di atas muka bumi Tuhan, insya Allah,
“Saya mewakili seluruh pemimpin PAS di peringkat negeri Terengganu mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan mengucapkan Salam Sejahtera bersama dan salam persaudaraan,”kata beliau.
Lebih 200 orang hadir pada majlis tahunan tersebut yang dianjurkan oleh PAS Kuala Terengganu dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).




























