PRU 14; Penentu Masa Depan Anak Cucu

1730

Oleh : DMS

SETIU – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila daipada sekarang, dilihat sebagai pilihanraya bagi menentukan masa depan anak cucu kemudian hari.

Seorang pengundi Cina Teo Heng Sing, melahirkan kebimbangan, kadar cukai GST mungkin akan dinaikkan selepas PRU akan datang.

“sekarang Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM), satu Malaysia dapat bukan Terengganu sahaja…sudah naik,

“nanti GST pun boleh naik tau……boleh naik sampai 10% tau……tapi kita tak tau orang mahu pangkah siapa,” ujar beliau yang dikenali sebagai ‘Ah Seng’.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program ziarah dan agihan limau Mandarin meraikan sambutan Tahun Baru Cina, PAS Batu Rakit, pada Rabu 14 Februari.

Sehubungan itu, Exco Pemuda PAS Terengganu Ustaz Shafizi Ismail menyifatkan kebimbangan Ah Seng sebagai suatu perkara yang munasabah.

Menurutnya, penguatkuasaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) 1 April 2015, adalah berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang mendapat mandapat pada PRU ke-13 lalu.

“apabila menang pada pilihan raya lepas dan mendapat mandat, Umno yang menjadi tunjang BN telah menekan kehidupan rakyat dengan melaksanakan GST,

“tidak mustahil sekiranya mereka menang pada PRU kali ini, akan dinaikkan kadar GST kerana kos pengurusan kerajaan yang meningkat kerana penyelewengan dan kebocoran dalam perbelanjaan,” jelas beliau, yang juga Ketua Pemuda PAS DUN Batu Rakit.

Justeru itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia aga menolak Umno dan BN pada PRU akan datang.

Katanya, PAS telah mengemukakan janji untuk melaksanaka ‘Dokumen Hijau’ yang akan membebaskan rakyat daripada GST, sekiranya diberi mandate pada PRU depan.

“PAS akan hapuskan GST dan diganti degan Cukai Simpanan Syarikat dan Korporat (Taxation on Deposits),

“GST dienakan kepada semua orang termasuk fakir dan miskin, ia bertentangan dengan syariat…..tapi ‘Cukai Koperat’ hanya dikenakan kepada orang-orang kaya,” jelasnya.

Oleh itu katanya, PAS memberi pilihan kepada rakyat samada mahu GST dikekalkan atau mahu GST dihapuskan.

Berhubung program ziarah sempena ‘Gong Xi Fa Cai’ itu, beliau berkata, ia adalah rutin tahunan PAS yang diadakan setiap tahun.

Katanya, ia membuktikan PAS sentiasa bersama masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“walaupun mereka (orang Cina) minoriti di sini, kita tetap meraikan mereka yang telah menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia terutama pada ‘hari besar’ mereka,” ujarnya.

Program agihan limau kepada lima buah rumah masyarakat Cina sekitar DUN Batu Rakit turut disertai oleh Ketua Ulamak PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda dan Ketua Muslimat Wan Ramlah Wan Abdul Rahman serta Ketua Lujnah Perpaduan Nasional, Adnan Omar