Oleh : Zainun M.
KUALA NERUS – Para petugas Muslimat PAS Kawasan ini yakin akan mengekalkan kemenangan di peringkat parlimen dan berusaha menambah kemenangan pada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.
Ketuanya, Hajah Jamilah Jusuh mengesa agar muslimat melipatgandakan komitmen kepada kerja-kerja pilihan raya, sebagaimana yang diarahkan oleh para pempinan.
“Muslimat semua adalah amilin yang wajib membantu beban tugas yang diamanahkan, jadilah (pembantu kerja pilihan raya),
“sebagaimana golongan ‘Hawariyun’ yang setia membantu (perjuangan) nabi Isa A.S,” ujarnya ketika berucap pada program Kursus Tenaga Kempen PAS pada Rabu, 17 Januari
Seramai lebih 200 orang tenaga Muslimat telah hadir pada program yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Teluk Pasu itu.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, muslimat yang menjadi juru kempen, perlu ada dan mengamalkan sikap jati diri.


“bila berdepan dengan masyarakat (mesti) hindari dari berperang kata…….kehadiran kita bukan untuk menyerang tetapi untuk menerang,
“untuk mengajak mereka bersama dengan kita untuk sama-sama kita, memenangkan Islam dibumi Allah ini,” tegas beliau.
Justeru itu, menurut beliau, Muslimat metilah membuktikan ‘kekuatan’ dengan bekerja berungguh-sungguh bagi mempertahankan kemenangan PAS pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
“Kekuatan tidak berguna sekiranya tanpa pengorbanan……lebih-lebih lagi pilihan raya umum kali ini, muslimat sangat perlu memantapkan perjuangan,
“kerana PAS kembali bersendiri dalam menghadapi parti lawan,” jelas beliau.
Apa yang paling penting, kata beliau, janganlah hanya bergantung pada usaha manusia sahaja, tetapi pergantungan dan mengharap dari Allah adalah sebaik-baik jalan untuk mencapai kemenangan.




























