Masalah Negara Kerana Umno Tidak Cekap Mentadbir

1582

Oleh : Mohd Khairuddin Ahmad

KEMAMAN – Pelbagai permasalahan yang dihadapi negara pada hari ini adalah berpunca daripada ketidakcekapan pentadbiran Umno.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undang Negeri (MTD) Kemasik, Amri Mamat berkata Umno Terengganu telah mengkhianti rakyat dengan menafikan hak royalti petroleum dan gas.

“Indeks rasuah yang amat kritikal berpunca daripada ketidakcekapan pentadbiran Umno, marilah bersama PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis BBQ, anjuran anjuran Pemuda PAS Cawangan Kampung Baru Kemasik pada Ahad 19 November.

Program tersebut meriah dengan sambutan hampir 100 orang anak muda yang bersama dan diserikan dengan lagu-lagu ketuhanan oleh ‘Aeroplane Band’.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah MTD 1 Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, kos sara hidup tinggi semakin menghimpit segenap masyarakat.

“anak muda perlu peka dan ambil peduli…….pentingnya mendaftar sebagai pengundi dan memberikan harapan kepada PAS Terengganu dalam PRU14 nanti,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru anak-anak muda memahami manifesto pilihan raya umum kali ke-14 yang ditawarkan oleh PAS Terengganu.

Menurutnya, banyak faedah yang akan diperolehi oleh golongan muda sekiranya PASdiberi mandate dan memerintah negeri Terengganu selepas PRU14 akan datang.