PAS Ajak Masyarakat Cakna Derita Rakyat Rohinghya

1691

Oleh : Sumaiyah Zakaria

MARANG – PAS Marang mengajak masyarakat cakna dan rasai penderitaan yang dialami oleh muslim Rohingya sekarang.

ADUN Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, “Mudah-mudahan kita semua dapat merasai kesusahan dan penderitaan rakyat Rohingya yang dizalimi serta ditindas seterusnya membantu mereka”.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu berkongsi info dan maklumat berhubung kekejaman dan penganiyaan rakyat Rohingya yang dizalimi dan ditindas oleh junta tentera Myanmar.

“Majoriti rakyat Rohingya beragama Islam. Asal negara mereka adalah Arakan. Namun, disebabkan perbalahan kabilah ditukar kepada Myanmar yang mana kemudiannya diperintah oleh Buddha. Umat Islam telah dihalau, bahkan turut dibunuh.”

“Puluhan ribu menjadi pelarian. Ada antara mereka yang diikat, dibakar, ditembak dan dibunuh dengan kejam. InsyaAllah sumbangan yang diterima dari tuan puan akan disampaikan pada bulan 11 kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh,” ujar Ustaz Mohd Nor.

Beliau ditemui pada program santai penerangan manifesto PAS Terengganu di Pasar Malam Padang Mengkuang pada Khamis, di sini

Turut hadir ialah Pengarah Mtd Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong yang merupakan Ketua Penerangan PAS Marang serta Pemuda, Muslimat dan Ameerah Pengkalan Berangan.

Ustaz Mohd Nor Hamzah terus menyambung dengan memberi penjelasan berkenaan manifesto PAS menjelang pilihan raya ke-14 iaitu pemberian 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin.

“Hasil negeri Terengganu sangat banyak. Ini termasuklah air. Jadi, kalau PAS diberi kuasa memerintah Terengganu, kami menawarkan 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah”,

“Ini bermakna sebanyak RM8.00 perlu dibayar setiap bulan. Jika 10 bulan, jumlahnya RM80.00. Walaupun dikatakan hanya RM80.00, namun Kerajaan Negeri sendiri tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat,” tambah beliau lagi.

Agihan bubur asyura yang disediakan pihak penganjur turut dibuat sepanjang program penerangan tersebut belangsung.