KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu adalah antara penyumbang kepada pembiaan rumah sementara (Shelter Home) bagi pelarian Cox’s Bazaar, Bangladesh.
Ketuanya Hajah Zarani Othman mengucapkan tahniah dan bersyukur kerana ‘khemah kediaman’ itu telah dirikan di kawasan Kem Balukhali, semasa Misi Kedua PASRelief yang berakhir semalam.
“Tahniah dan Alhamdulillah di atas kejayaan dan kecaknaan PASRelief pada misi kemanusiaan Rohingya bersama Timbalan Presiden PAS Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man bersama kepimpinan PAS yang lain termasuklah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Mohd Salleh,” ujarnya ketika dihubungi
Beliau berkata demikian metika mengulas kenyataan Pengarah Pengarah PASRelief Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung Misi tersebut.


“Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada wakil Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang turut serta dalam misi tersebut,
“yang telah memahat nama Dewan Muslimat Negeri Terengganu di kem tersebut…..dan kami jugak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah berusaha membantu saudara-saudara kita di sana. Allah sajalah yang membalasnya,” jelas beliau.
Katanya, Muslimat Terengganu juga sedang berusaha mengumpulkan sumbangan untuk PASRelief Terengganu untuk misi kemanusiaan Rohingya ke 2 pada bulan November ini.


Selain itu, Sanusi berkata, keseluruhan sumbangan PASRelief dalam misi kali ini berjumlah ialah berjumlah RM362,730.00.
“ia tidak termasuk kos lain seperti pengurusan, perjalanan dan penginapan yang ditanggung sendiri oleh peserta Misi,
“Sepanjang misi kali ini, PASRelief telah menyampaikan sumbangan ahli dan penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan penderitaan pelarian Muslim Rohingya,” katanya.






























