Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Sejumlah 1000 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (Amal) akan turun bertugas sepanjang dua hari Himpunan Fastaqim 2.0 – 200K, pada Jumaat dan Sabtu ini.
Timbalan Ketua Pegawai Tadbirnya, Wan Faisal bin Wan Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjaga kawalan lalu-lintas.
“Penglibatan sejumlah besar anggota Amal ini penting untuk menjamin kelancaran perjalanan Himpunan Fastaqim 2.0 ini,


Beliau memberi jaminan, semua anggota Amal dari seluruh negara ini sudah bersiap-siaga dan bersemangat membantu pengunjung himpunan.
Sehubungan itu,Timbalan Pengarah Amal Negeri Terengganu itu juga berkata, Kontijen Amal Negeri Selangor adalah negeri teramai menghantar anggota.


“100 anggota dari Kelantan dan Pahang dan bakinya dari negeri-negeri di seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak,” jelasnya.
Meurutnya, Himpunan Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September ini, mensasarkan kehadiran 200 ribu orang pengunjung.




























