Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – PAS Terengganu berjanji akan menyediakan 20 ribu peluang pekerjaan jika diberi peluang memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, YB Dr Alias Razak berkata, ia termasuklah dua sektor penting yang akan dilaksanakan dan membuka peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada pengundi muda wanita.
“Apabila diberi peluang memerintah kembali negeri Terengganu, PAS akan membina satu universiti sebagaimana Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dahulu. Kita nak ganti KUSZA yang mana akan dapat mewujudkan 1500 peluang pekerjaan. Mana-mana Universiti maksimun 6000 peluang pekerjaan. Tapi kita mula dengan 1500,
“Bila sebut tenaga pensyarah kebanyakkannya perempuan kerana wanita-wanita ni hebat belaka. Ramai yang berkelulusan luar negara tapi balik tak ada kerja. Bila ada Universiti, kita boleh ambil yang lepasan tinggi-tinggi ini untuk jadi pensyarah di Universiti yang akan dibina nanti dan ini satu peluang yang besar. Biasanya kakitangan Universiti ni ¾ perempuan manakala lelaki hanya ¼,” ujarnya


Menurutnya, PAS juga merancang untuk membina sebuah sekolah menengah agama di setiap daerah yang mana syarat kemasukkannya tidak terikat dengan kelulusan 6A atau 5A UPSR dan kita buka kepada sesiapa yang nak masuk.
“Walaupun Umno buat Imtiyaz tetapi syaratnya mesti 6A atau 5A kalau nak masuk. Yang lebih rendah daripada itu macamana? Tak apa peluang sedangkan ibu bapa nak juga anak mereka belajar agama. Bila kita buka sekolah itu nanti, sudah tentu memerlukan sekurangnya 150 kakitangan,
“Yang mana sebahagian besarnya sesuai dengan wanita-wanita muda kita dan sekolah agama tidak semestinya ambil guru dari kalangan ustazah belaka. Ia juga memerlukan guru dari pelbagai bidang seperti Metametik, Sains, Geografi , Sejarah dan sebagainya. Dan semua yang ada kelulusan dan layak boleh kita tempatkan di sekolah menengah agama kita,” kata beliau.


“Inilah peluang kepada anak-anak kita yang ibu bapa pilih aliran agama masuk situ dan juga membuka peluang untuk para guru, kakitangan sekolah yang bilangannya sekitar 130 hingga 150 orang setiap buah sekolah. Tak semestinya ada ijazah atau diploma. Kelayakan SPM pun boleh bertugas sebagai kerani, pembantu, tukang masak dan sebagainya banyak mewujudkan peluang pekerjaan,
“Bila disebut bidang pendidikan, sebahagian besar kakitangan ialah terdiri daripada golongan wanita dan memang sesuai beri peluang ini pada para wanita muda dikalangan anak negeri terengganu dan inilah peluang yang kita buka seluas-luasnya kepada anak-anak kita yang tak ada pekerjaan,” jelasnya.


Jadi, tambah Dr Alias, para ibu ada masa untuk bersama anaknya diwaktu rehat dan berterusan walaupun mereka berada ditempat kerja.
“Ini antara kaedah kita nak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa pada hari ini. Nak bekerja tapi anak tak tahu mana nak letak. Ayah dan ibu sudah tua. Dah tak larat nak jaga cucu mereka.
“Nak gaji orang tak padan pasal gaji kecil. Padan bayar gaji je. Jadi kerajaan tanggung nursery di jabatan-jabatan kerajaan negeri dan juga di sekolah-sekolah milik kita, insya Allah,” jelasnya.




























