Fastaqim 2.0 ; Datang Jangan Tak Datang……

1955

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Datang jangan tak datang …. Jom kita sama – sama meriahkan Fastaqim 2.0 yang akan tiba tak lama lagi.

Ketua Unit Publisiti Fastaqim 2.0, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat seruan itu kepada semua penyokong dan pendokong perjuangan Islam seluruh Malaysia hadir bersama memeriahkan program Fastaqim 2.0.

“Segala persiapan sedang giat dilaksanakan dan segala maklumat sepanjang program yang akan dilaksanakan dari 29 sehingga 30 September ini telah disebar,

“Selain poster, kita juga menyebarluaskan melalui media maya yang boleh diikuti melalui facebook Fastaqim 2.0, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Pot Luck Penerangan di Lagoon Kuala Ibai, Rabu,13 September, disini.

Seramai 60 orang peserta hadir dalam program anjuran Lujnah Penerangan dan Hubungan Muslimat negeri Terengganu itu, yang disertai oleh wakil dari kawasan-kawasan seluruh Terengganu.

‘Pot Luck’ adalah satu program pertemuan santai untuk mengeratkan silaturrahim dengan masing-masing membawa makanan.

Sehubungan itu, mengulas lanjut tentang Fastaqim 2.0, Ustaz Mohd Nor berkata. pelbagai program menarik menanti pengunjung bermula petang Jumaat.

Katanya, ada Autoshow Pameran, ucapan Pimpinan Dewan-Dewan dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zul Handyblack serta kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Syed Qadir Al Joofree diikuti ceramah pada malamnya bersama tiga orang Naib Presiden PAS Malaysia,Datok Mohd Amar Abdullah,Yb Ustaz Idris Ahmad dan Iskandar Samad.

Manakala keesokan harinya, Karnival Anak Muda mengambil tempat memeriahkan program Fastaqim 2.0 dengan pelbagai acara seperti pertandingan mengail,bola sepak pantai dan tidak ketinggalan acara Sukan Pantai Muslimat seperti pertandingan memanah, congkak, musang berjanggut, dam, carom, dart, treasure hunt dan bowling padang yang akan memeriahkan suasana.

“Dan pada pukul 2 petang, program Kesenian Islam bersama dengan beberapa artis kita seperti UNIC, Shoutul Amal, , HIJJAZ, dan Zul Handy Black akan berlangsung,

“Kemudian sesi Santai Bersama Ustaz Ahmad Dasuki dan PU Akram pada pukul 5 petang.Dan pada malam kemuncak kita akan mendengar dan mengutip mutiara – mutiara ilmu dari taujihad yang akan disampaikan oleh penceramah – penceramah utama dalam parti PAS termasuklah dari Gagasan Sejahtera dan NGO – NGO sehinggalah kita mendengar pesanan terakhir daripada Presiden PAS, insya Allah,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, gerai-gerai disediakan mencukupi untuk para pengunjung menjamu selera bersama keluarga disamping mencari bahan – bahan yang diperlukan di Pantai Tok jembal, Kuala Nerus,Terengganu pada 29 dan 30 September.