5000 Peserta DUN Tepoh Memeriahkan Fastaqim 2.0

1593

KUALA TERENGGANU – PAS DUN Tepoh akan menghantar 5000 orang peserta bagi memerahkan Himpunan Fastaqim 2.0 yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengarahnya, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata komitmen itu dimulakan lebih awal dengan pelancaran kempen secara besar-besaran bermula 17 hingga 28 September 2017

“Beberapa inisiatif juga akan dilancarkan seperti Ceramah Pra Fastaqim pada 20 September 2017 di Gong Badak 4, Khutbah Jumaat Khas dan Kuliah Fastaqim (Kuliah Maghrib Khas) di seluruh surau dan masjid,

“Kenderaan Khas Fastaqim untuk hebahan program setiap Jumaat dan setiap hari minggu terakhir juga akan digerakkan disamping jualan baju Fastaqim 2.0 yang berharga RM 25 setiap satu selain pelekat kereta dan motosikal. Promosi maya juga akan dibuat secara besar-besaran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mensyuarat Pemberita Kuala Nerus pada Selasa, 12 September di Kompleks At-Taqwa (KOMTAQ), disini.

Oleh itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus menyeru agar, semua PAS Cawangan memainkan peranan dalam menjayakan himpunan itu dengan memanjangkan jemputan dan menghebahkan ke segenap lapisan masyarakat.

Disamping itu, beliau mempelawa ahli dan penyokong PAS meningkatkan amalan kebajikan dengan membantu kerja-kerja persiapan tapak Himpunan.

“Kami juga memohon semua anggota dan penyokong PAS yang berkelapangan untuk membantu kerja-kerja persiapan yang berlangsung pada setiap hari di tapak FASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal bermula 8 September 2017 yang lalu,

“Atas sokongan semua, PAS DUN Tepoh merakamkan jutaan terima kasih dan mendoakan agar semua usaha ini akan dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT,” katanya.

Justeru, Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Unit Persiapan Fastaqim 2.0 mempelawa mana-mana pihak yang mahu menyumbang untuk menaja ‘pakej keceriaan’ sempena himpunan peringkat nasional itu.

“Kami mengalu-alukan samada pihak PAS Cawangan, MTD PAS, PAS Kawasan mahupun individu perseorangan untuk menaja sebahagian bendera PAS yang akan dipasang disepanjang jalan menuju ke tapak himpunan,

“Dan kami menawarkan pakej tajaan bendera PAS untuk 10,000 bendera di lokasi strategik menuju ke tapak himpunan. Kos satu set (bendera dan tiang) dianggarkan RM3.00. Keperluan keseluruhan adalah sebanyak RM30,000.00.

“Semua set bendera ini akan diserahkan kembali kepada pihak PAS Cawangan, MTD PAS dan PAS Kawasan yang mengambil bahagian untuk menaja set bendera ini,” jelasnya.