Kerajaan Buat ‘Rumah Rakyat’ Nak Bunuh Orang

3690

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT – Rata-rata penduduk Pulau Perhentian yang ditemui menyifatkan projek perumahan rakyat yang dibina oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak munasabah dan dianggap ‘mahu bunuh penduduk’.

Abdullah Umar, 60 tahun, penduduk asal Pulau tersebut berkata, beliau rasa sedih apabila projek perumahan itu, yang sudah empat tahun di bina masih tidak siap hingga sekarang.

Katanya, projek bangunan setinggi lima tingkat itu ia dibina tanpa ‘platform’ dan kontraktor hanya meletakkan gabus ditengah dan besi kawat di kiri dan kanannanya.

“Lepas tu dia lepa dengan simen……satu blok mengandungi lima buah rumah. Dinding sudah didirikan cuma atap saja yang belum pasang.

“Bila mari angin baru-baru ini, habis terbang dinding. Kalau rumah ‘setara’ tu bagi kita orang-orang kampung ni tak perlu,

“Puak-puak ni dia pandai atas kertas je. Dia (bina rumah) tak guna otak. Tanah bukit kalau tanpa cerucuk, tak kukuh. Dia kena tanam cerucuk dulu tanah tu … ‘mati’ dulu (tanah)….. ni pakai sodok-sodok….. ketam-ketam (ratakan)…..diri rumah tanpa tiang. Macam nak bunuh orang !!!,” tegas beliau,

Menurut rakannya Aziz Ismail, 51, pembangunan rumah di situ berbeza dengan Pulau Redang, yang telindung dari badai.

Sebaliknya di Pulau Perhentian, kata Aziz, terdedahdengan ‘kepala angin’ bila musim tengkujuh tiba.

“sebab itu laluan ‘kepala angin’….tak sesuai, kalau betul lah kerajaan nak tolong orang pulau ……. perumahan disini (kawasan itu) memang tak sesuai begitu,

“Projek ‘start’ buat beberapa tahun yang lepas, angin kuat baru ni dinding sudah tercabut,

“Tanah (tempat didirikan) tu kan mula-mula molek. Dia sama buat (paras) tiga tingkat. Macam teres orang nak tanam getah. Lepas pada hujan lebat suatu tahun, tanah tu hakis sehingga tujuh kaki dalam,

“Tinggal simen tapak setebal lebih kurang 2 inci. Macam simen kaki lima je dia buat. Memang nak bunuh orang. Kalau diteruskan projek sebegitu kesian lah kepada orang pulau,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan agar kerajaan menghentikan pembinaan semua rumah tersebut dan membina rumah yang lebih kukuh dan sesuai untuk penduduk Pulau Perhentian.