Ameerah Gagah Menerjah Arus

1853

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Ameerah negeri Terengganu melangkah gagah, menerjah arus gelombang penuh bersemangat, bergerak seiring dengan ‘ibunda’ muslimat PAS.

Pengarah Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) Kuala Terengganu, Nurus Syuhada Wahab berkata, ia menkadi pelengkap kepada gerakan ‘kaum wanita’ dalam PAS.

“Muslimat muda atau Ameerah ini merupakan pelengkap kepada kekuatan muslimat PAS dan mereka umpama sebuah binaan yang saling membantu,

“memperkuatkan saf, sebuah organisasi sebagaimana firman Allah dalam al-Quran surah As saff ayat yang ke-4,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian HAMRA Kuala Terengganu yang diadakan di sini, pada Jumaat 12 Ogos.

Program yang diisi dengan pelbagai aktiviti menyaksikan kehadiran hampir 500 orang turut dengan diserikan program Santai Bersama Bazli UNIC, pertandingan mewarna pelajar PASTI DAN pertandingan membuat ‘Puding’.

Hadir dalam program itu ialah Penolong Setiausaha PAS Terengganu merangkap Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Turut sama memeriahkan HAMRA KT ialah Pengarah Ameerah negeri Terengganu Zuraida Md Noor dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu, Shamsiah Abu Bakar.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Muslimat Terengganu menyeru anggota Ameerah agar peka dengan pelbagai isu semasa bagi menghadapi PRU kali ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“muslimat muda atau Ameerah yang ada tiga sayap di dalamnya iaitu Briged dan Gen 3 harus lebih peka dengan isu-isu semasa dan membantu dalam penglibatan kerja-kerja Jemaah,

“banyak salah laku kerajaan BN yang perlu remaja dan golongan belia di luar sana tahu (termasuk) tentang ketirisan pentadbiran (kewangan) Umno sekarang, ” tegasnya.