Mesyuarat Tergempar Menteri EU Selesai Kes ‘Telur Tercemar’

1550

Suruhanjaya eksekutif EU akan memanggil mesyuarat tergempar para menterinya bagi membincangkan bekalan telur ayam yang dicemari serangga.

Pesuruhjaya Kesihatan EU Vytenis Andriukaitis berkata, ia adalah sesuatu yang memalukan blok pakatan negara-negara Eropah itu.

“salah menyalah dan merasa malu tidak akan membawa kita kemana dan saya mahu menghentikan perkara ini,

“Tetapi perkara utama mesti didahulukan. Kerja biasa kami dan keutamaan kami sekarang adalah untuk menguruskan keadaan, mengumpul maklumat, memberi tumpuan kepada analisis dan pengajaran yang dipelajari dalam tujuan untuk memperbaiki sistem kami dan mencegah aktiviti jenayah,” ujarnya.

Beliau yang berkata demikian pada Jumaat 11 Ogos menambah,”Itu adalah apa yang saya telah bincangkan dengan menteri Jerman, Belgium dan Belanda pada minggu ini,

“saya mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat peringkat tinggi mengumpul menteri-menteri berkenaan serta wakil-wakil agensi-agensi keselamatan makanan di semua negara anggota yang terlibat. sebaik sahaja kami mempunyai semua fakta yang ada. ”

Telur yang tercemar telah ditemui di sekurang-kurangnya pada pasaran 11 buah negara dan menimbulkan ketakutan awam sejak 1 Ogos.

Ekoran kejadian itu, berjuta-juta telur dan produk berasaskan telur telah dikeluarkan dari rak jualan pasaraya.

Denmark adalah negara yang terbaharu terjejas, mengumumkan sebanyak 20 tan telur tercemar tersebut diimport dari pembekal Belgium.

Ketiga-tiga negara; Belgium, Belanda dan Jerman, di mana paling awal menemukan telur tercemar itu dijangka memikul tanggungjawab.

Namun begitu, Belgium awal minggu ini menuduh Belanda mengetahui tentang telur ‘fipronil’ itu sejak November 2016 tetapi gagal memaklumkan kepada negara-negara lain.

Bagaimana pun penyiasat negara Belanda dan Belgium telah menjalankan serbuan keatas beberapa premis di Khamis dan menahan dua orang di sebuah firma Belanda dipercayai punca krisis berlaku.

‘Fipronil’ biasanya digunakan untuk menghilangkan kutu daripada haiwan tetapi diharamkan oleh Kesatuan Eropah untuk digunakan dalam industri makanan.

Apabila dimakan dalam kuantiti yang besar, ia boleh merosakkan buah pinggang, hati dan tiroid kelenjar..

Kejadian ‘telur yang menakutkan’ itu merupakan salah satu krisis yang terbesar yang melanda Eropah sejak skandal daging kuda 2013, yang telah secara palsu dilabel dan dijual sebagai lain-lain jenis daging.