KUALA TERENGGANU – PAS turun padang bertemu dengan pekerja bawahan dalam meraikan Sambutan Hari Pekerja.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, aktiviti tahunan tersebut adalah cara PAS menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat.
“Setiap 1 Mei, Hari Pekerja, kami turun padang,untuk bersama golongan pekerja yang menjaga kebersihan sekitar Kuala Terengganu,
“kita menghargai mereka yang berperanan memastikan kebersihan bandaraya ini,” ujar beliau ketika ditemui bersama seorang pekerja tersebut, sekitar Taman Perumahan KP Perdana .
Turut mengambil langkah yang sama ialah pemimpin PAS Kuala Terengganu iaitu ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Ketua Penerangan Ustaz Ahmad Shah Mohd.
“mereka berpanas dan menyorong tong sampah dan ada yang dalam keadaan usia emas, demi menyara keluarga dan menjaga suami yang uzur,
“PAS mengambil cakna dan meraikan mereka sempena Hari Pekerja,” kata Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui, menyantuni dan menghulur sumbangan kepada pekerja terbabit sekitar Taman Awam Batu Buruk
Menurutnya, pekerja bawahan kurang diberi perhatian dalam soal mereka yang turut merasai kesan ‘himpitan’ ekonomi yang sedang melanda.
“Wajar untuk mengambil cakna pekerja pekerja seperti ini kerana mereka adalah pekerja bawahan juga sebahagian dari anggota masyarakat,
“pendapatan mereka yang tidak sebesar mana, pasti menerima kesan terus dari tekanan GST dan kenaikan harga barang,” kata Ustaz Ahmad Shah ketika bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada seorang pekerja ‘Roadcare’ sekitar Taman Rekreasi Bukit Besar.
Katanya, walaupun sumbangan yang diberikan adalah kecil, namun mereka sangat teruja dan mengharga pemberian tersebut.