HAMRA 1.0; Pesanan Buat Muslimat Muda

3789

Ajak Jiran Tetangga Bersama-Sama Kita

MARANG – Muslimat muda digesa agar mengajak masyarkat di luar sana bersama-sama dengan perjuangan PAS di dalam membina negara yang aman dan mendapat keberkatan daripada Allah.

Pemangku Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman, membuat gesaan tersebut sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan Himpunan AMEERAH Terengganu 1.0 (HAMRA 1,0) di Masjid Pengadang Baru, di sini pada Sabtu 11 Februari yang lalu.

“Marilah kita mendokong perjuangan Islam, marilah kita mengajak kawan- kawan kita, rakan- rakan kita, jiran tetangga kita untuk bersama-sama dengan kita, apatah lagi dengan pilihanraya yang ke14 yang menghampiri kita,“ ujar beliau kepada 2000 orang tetamu yang hadir.

Zarani yang juga Ketua Muslimat PAS Marang seterusnya berharap rakyat memilih pemimpin yang benar- benar bertakwa, pemimpin yang akan dapat melaksanakan amanah Allah yang akan memberikan keberkatankepada Malaysia hari ini.

Majlis perasmian HAMRA 1.0 yang julung-julung kali diadakan itu, telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS, Haji Satiful Bahri Mamat dan turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Dua, Haji Yahya Ali dan Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman .

Fikir Dengan Ilmu Bukan Ikut Nafsu

Dengan kehidupan yang penuh cabaran di era dunia tanpa sempadan yang bergerak pantas, setiap keputusan perlu didasari dengan ilmu bukan mengikut hawa nafsu yang akhirnya merosakkan diri sendiri.

Ketua Ameerah Terengganu, Hajah Zuraida Mohd Nor berkata Ameerah menjaga kebajikan wanita muda dalam bidang pendidikan, menggalak, membantu mengusahakan segala bentuk perkongsian ilmu bukan sahaja di alam maya bahkan di mana- mana sahaja.

“Ini supaya rakyat Malaysia terutama wanita muda membuat keputusan dalam.keadaan berilmu, berilmu di dunia dan di akhirat,”terang beliau di Majlis yang sama.

Menurut Zuraida, ilmu yang baik, sudah tentu melahirkan Malaysia yang bersahsiah baik dan berakhlak mulia.dan jika ianya tidak dijaga dengan baik..maka ranaplah masa depan negara.

Beliau menyentuh objektif himpunan tersebut adalah untuk melahirkan wanita muda celik politik dan matang dengan memberikan kefahaman dan merungkai cabaran yang dihadapi para wanita.

“Ianya juga untuk menghimpunkan wanita muda sebagai tanda kebangkitan dan sokongan pada perjuangan Islam,” katanya dengan suara yang lantang dan bersemangat.