Generasi Felda Perlu Jadi Pemimpin Masyarakat

2048

DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun memberi harapan golongan pewaris peneroka Felda bangkit dan menjadi pemimpin di semua peringkat agar warga Felda terutama golongan muda-mudi dipastikan terbela dan tidak tersisih dengan perbagai masalah.

Katanya, perlu ada diantara kita yang memimpin sesama kita, ambil tahu dan cakna masalah generasi agar kita dapat memastikan kita ada tempat untuk dirujuk.

“Walaupun saya tiada peruntukan dari kerajaan, sepanjang menjadi ahli parlimen saya mesti membantu pengundi yang telah menberi kepercayaan sehingga kita menang di Parlimen Dungun,

“InsyaAllah jika kita meletakan keikhlasan dan niat kita kerana Allah, pertolongan datang dari perbagai sudut. Walaupun tidak semua kita tidak boleh selesaikan terutama isu kemudahan dan keperluan asas,

“berkat usaha dan bantuan orang ramai kita selesai mana yang termampu,”ujar beliau lagi semasa merasmikan Pertandingan Karom GENERASI Felda Jerangau hari ini .

YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli terus berpesan agar orang muda tidak lalai, jangan tinggal solat dan terus dekati golongan muda-mudi sebagai agen dakwah dan terus anjurkan perbagai program seperti ini.

Sehubungan itu, Pengerusi GENERASI Terengganu, ketika berucap mengharapkan program santai sebegini dibuat setiap bulan dengan perbagai program sebagai riadah warga generasi Felda.

Naraza Muda yang juga Timbalan Pengerusi PAS DUN Bukit Besi menyeru warga generasi menjadi benteng kepada anasir yang meruntuhkan institusi kemasyaratan, gelaja dadah yang berleluasa perlu mendapat perhatian dari semua.

Manakala Ketua GENERASI Felda Jerangau Sidek Mohamad, yang menjadi penganjur program memberitahu program diadakan sepanjang hari sehingga malam dengan jamuan anak muda.

Menurutnya lagi, program seperti ini akan diadakan berterusan seperti saranan Pengerusi GENERASI Terengganu.

Menurut seorang peserta, Mohd Shahrul Ridzuan, 27 (gambar bawah), program santai ni memang kesukaan golongan anak muda. Nanti penganjur kena perlu buat lagi dengan acara berbeza, lebih bagus jika pihak Felda memberi sokongan.

“Kita orang muda ni tak ambil kisah sangat pasal fahaman politik ni, kita nak beriadah je, siapa anjur pun kita join, politik-politik ning tunggu piliharaya la…” katanya ketika sedang meneruskan permainan.

Sebanyak 20 pasukan dapat didaftarkan dengan 6 meja karom berjalan serentak. Jangkaan pengajur, penglibatan lebih ramai anak muda sebelah petang nanti dengan acara cabutan bertuah dan akan disampaikan Pengerusi GENERASI Terengganu