Mahkamah Persekutuan AS Kekal Keputusan Larang Penguatkuasaan Perintah Trump

1726

Mahkamah Persekutuan pada Khamis mengundi untuk mengekalkan perintah melarang arahan eksekutif Presiden Donald Trump yang menghalang kemasukan warga tujuh negara-negara Islam.

Mahkamah Rayuan ‘Ninth Circuit Panel’ memutuskan mereka yang datang negara yang dilarang Trump dalam arahannya boleh terus memasuki Amerika Syarikat

“Kerajaan telah gagal menunjukan ada bukti bahawa mana-mana individu asing dari mana-mana negara yang disenaraikan dalam Perintah (Trump) telah dilakukan serangan ganas di Amerika Syarikat,

“Daripada bukti membawa bukti untuk menjelaskan keperluan untuk (kepada) Perintah Eksekutif, Kerajaan telah mengambil pendirian bahawa kita tidak boleh mengkaji semula keputusan itu sama sekali,” kata hakim-hakim dalam ketetapan itu.

Namun, pertempuran undang-undang yang sedang berlaku di Amerika Syarikat itu masih belum berakhir sekiranya kes tersebut di Mahkamah Agung.

Trump telah memberi isyarat yang jelas untuk meneruskan pertempuran, apabila beliau menulis komennya dalam media baru.

“Jumpa anda di mahkamah, keselamatan negara kita sedang diperjudikan,”kata Trump melalui lama Twitter, selepas keputusan hakim dibuat.

Panel tiga hakim mahkamah itu menulis bahawa, orang awam mempunyai kepentingan yang besar dalam keselamatan negara dan dalam keupayaan seorang Presiden yang dipilih untuk menggubal dasar”.

Pada masa yang sama, ” (ia) juga mempunyai kepentingan dalam aliran bebas perjalanan, dalam mengelakkan pemisahan keluarga dan dalam kebebasan daripada diskriminasi,”.

Trump menandatngani penguatkuasaan larangan imigresen

“Kita tidak perlu mencirikan kepentingan awam lebih pasti daripada ini,”jelas hakim terbabit.

Arahan eksekutif Trump, yang ditandatangani bulan lalu selepas hanya seminggu menjawat kuasa presiden, menyebabkan puluhan ribu visa dibatalkan.

Ia juga mengakibatkan penahanan berpuluh-puluh pelancong di lapangan terbang dan mencetuskan bantahan besar-besaran.

Jumaat lepas, Hakim Persekutuan James Robart dari Seattle, Washington, menyekat tindakan Trump di seluruh negara, menimbulkan kemarahan dan kutukan dari penyokong presiden, tetapi mendapat pujian daripada kumpulan pro-imigran.

Trump mengkritik Robart dan berikrar untuk mempertahankan dasar imigresennya dengan berkata, hakim akan dipersalahkan sekiranya berlaku serangan ke atas Amerika Syarikat pada waktu sekatan penghakiman berkuatkuasa.

Trump juga memecat pemangku Peguam Negara Sally Yates selepas Sally enggan mempertahankan larangan perjalanan tersebut dan menuduh beliau mengkhianati Jabatan Kehakiman.