Oleh : Salwanaa Ghani
KUALA NERUS – Kenaikan harga minyak tidak mungkin dapat diganti dengan agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kerana bahan bakar itu adalah keperluan utama rakyat secara berterusan.
Berbanding bantuan kewangan tersebut, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim, hanya dibayar sekali sahaja dalam jangkamasa setahun.
“kenaikan harga minyak tidak wajar ‘ditutup’ dengan pemberian BRIM semata kerana minyak adalah satu keperluan yang diguna pakai oleh rakyat secara berterusan,


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Musolla Al- Ehsan di Banggol Tok Jiring, Tepoh di sini pada Rabu, 1 Februari.
Oleh itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berharap, agar rakyat tidak mudah diperdaya dengan sumbangan BRIM dan seumpamanya, sebaliknya perlu dinilai dengan jelas apa yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini.


“(dan) kerajaan juga membutakan mata melihat kesengsaraan rakyat daripada kemelut ekonomi,”tegasnya.
Beliau berkata, kenaikan harga minyak itu tidak sepatutnya berlaku ketika ekonomi yang terus mengekang kedudukan kehidupan rakyat pada hari ini.
Katanya, tindakan kerajaan itu hanya menambahkan lagi beban rakyat dengan kenaikan harga barang yang akan berlaku sejurus selepas kenaikan harga minyak.


“cara yang dibuat ini (menaikkan harga minyak) seperti tiada simpati langsung pada rakyat dan kita tidak mengambil sikap membantah apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan,
“kita sewajarnya untuk menukar kerajaan yang lebih memberikan perhatian kepada rakyat,”ujarnya


























