Tun Mahahtir Mahu Najib dan BN Terus Berkuasa

2310

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan, kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahatir Mohamed adalah bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan Dato’ Seri Najib dan Barisan Nasional (BN).

Penolong Setiausahanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah melihat ‘ada pakatan’ diantara mantan Perdana Menteri itu dengan pengganti yang dipilihnya setelah menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“ada pakatan antara Najib dengan Mahathir………strateginya adalah untuk mengekalkan Umno dan Barisan Nasional selepas pilihanraya umum akan datang,

“Mahahtir telah ‘menggula-gula’kan pemimpin PAN dan DAP, ”jelas beliau.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu berkata ketika ditemui semalam Ahad 22 Jamuari, ketika diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan menolak PAS dari bergabung dengan Pakatan Harapan.

Menurutnya, sehingga kini, PAS belum membuat sebarang keputusan mahu bergabung dengan pakatan musuhnya yang dibarisi oleh pemimpin DAP dan PAN.

“PAS sehingga kini tetap istiqamah akan menentang Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang…….ini dijelaskan oleh Presiden PAS sendiri, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,

“pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dungun pada Jumaat lalu,”tegas beliau.

Oleh itu, beliau bersetuju pendapat sesetengah pihak yang menyatakan, kenyataan Tun Mahathir bertujuan melemahkan usaha berterusan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik kerjasama dengan PAS.

Tambahnya, sebelum ini, Tun Mahathir telah menyokong Dato’ Seri Najib, ketika kemelut politik Umno yang membawa kepada penyingkiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.