Air Bah Naik Kembali, Beberapa Jalan Tidak Boleh Dilalui

1698

KUALA TERENGGANU – Hujan berterusan di beberapa daerah pedalaman Terengganu telah menyebabkan air bah naik semula, setelah surut semalam.

Beberapa batang jalan telah ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

IMG-20170103-WA0067Setiausaha Majlis Tindakan DUN Bukit Besi Zul Shawaluddin Jusoh mengesahkan laporan, Pengetua Sekolah Menengah Kuala Jengal telah mengarahkan murid dan para gurunya pulang kerana paras air semakin naik.

“paras air Sungai Jengal mendadak naik pada pagi ini…..sehingga jam 9.00 pagi, air di Kampung Shukur telah melimpah ke anak-anak sungai tetapi keadaan masih berjaga-jaga,”ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, laporan terbaharu menyatakan, hubungan antara Kampung Dendang ke Kuala Jengal telah terputus kerana ditenggelami air.

Kuala Ping 0301
Jalan Kuala Ping; sebuah pacuan empat rida cuba melalui jalan yang mulai dinaiki air kembali selepas surut, semalam

Sementara itu, menurut laporan pasukan media Hulu Terengganu, antara jalan yang dilimpahi air di daerah itu pagi ini ialah di Kampung Kuala Ping, Kampung Bukit Tadok dan Kampung Padang Setebu.

Ketuanya Nasrun Abdullah berkata, semua jalan-jalan tersebut sudah tidak boleh dilalui.

>>>berita lanjut menyusul